Select Menu

Hiburan

Isu Semasa

Isu Panas

Hiburan

Sejarah

Pelancongan

Informasi

Pelbagai

Wanita Dilarang Keras Memasuki Tempat Ini



Gunung Omine adalah sebuah gunung suci di Nara, Jepun. Gunung ini nama rasminya adalah Gunung Sanjo, namun kerana berada di pergunungan Omine makanya disebut Gunung Omine. Di puncak gunung ini terdapat sebuah kuil Ominesanji, pusat agama Budha Shugendo di Jepun. Seluruh bahagian gunung ini adalah tempat suci untuk ziarah dan latihan sami kuil tersebut.


Pada 2004, UNESCO menjadikan gunung ini sebagai laman Warisan Dunia.


Namun anehnya, perempuan tidak dibenarkan masuk sama sekali. Tidak hanya perempuan, orang yang keluarganya baru meninggal pun dilarang masuk ke kawasan gunung ini.

Selama 1,300 tahun, hanya lelaki yang dibenarkan masuk dan melihat Kuil Budha yang terkenal di ketinggian 5.640 kakinya ini. Alasannya sama dengan tempat pelancongan lain yang melarang perempuan masuk, yakni kehadiran mereka dianggap dapat mengganggu kesungguhan jemaah yang melawat gunung ini.

Tempat-Tempat Menarik Di Negeri Sabah Yang Wajib Dilawati~!

Destinasi pelancongan pertama yang ingin dikongsi ialah Sabah!


Terdapat banyak tempat yang menarik di Sabah, dan kali ini nak highlight beberapa tempat yang paling menarik pada aku, mengikut route yang mudah.
Destinasi dalam perancangan kali ini ialah ;
-          Kundasang
-          Kinabalu Park
-          Poring Hot Spring, Ranau
-          ‘Tagal’ Sungai Moroli, Kampung Luanti (Ranau)
-          Desa Dairy Farm (New Zealand ala Malaysia)
-          Tip of Borneo – Tanjung Simpang Mengayau, Kudat
-          Tanjung Lipat
-          Pulau Manukan
-          Pasar Malam Kampung Air
-          Pasar Filipina
Banyak bukan? Kalau rasa banyak sangat dan tak sempat, sila skip ye..hihihi.
Perancangan.
Okey, sebelum memulakan sesi jelajah, rancang percutian anda mengikut keadaan semasa/cuaca, ye lah, nanti kalau tiba time musim hujan atau cuti sekolah yang pack, jangan menyesal…sebab bercuti di Sabah, masa dan jarak perjalanan ke satu satu destinasi adalah sangat panjang (tapi enjoy!)
Selepas itu, jangan lupa untuk merancang/booking tempat penginapan dan kenderaan.
Nak berjalan-jalan di Sabah ni tak susah, signboard semua mudah dan teratur, dan cara yang paling mudah ialah dengan menyewa kereta, dan pakej sewaan kereta yang ditawarkan juga sangat banyak, cuma Google sahaja dan pilih pakej yang anda mampu. Memilih kereta sewa yang baik dan selesa adalah penting bagi menjamin keselamatan dan memastikan agar tiada gangguan sepanjang bercuti bagi mengelakkan sindrom – Hilang Mood! Haha…
Jom kita mula!

Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia – Sabah

destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 1 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)
Sampai sahaja di Kota Kinabalu International Airport (KKIA) (selalunya kira-kira pukul 2.30 ptg) dan jangan buang masa, terus hubungi tauke kereta sewa. Pung-pang-pung-pang selepas check dan berpuas hati, dengan tanpa melengahkan masa, korang terus menuju ke Kundasang. Perjalanan dari Kota Kinabalu (KK) ke Kundasang ambil masa lebih kurang  2 jam 30 minit. Bergantung juga keadaan cuaca dan trafik.
destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 2 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)
#Tips : Sedikit hint, keadaan perjalanan ke Kundasang adalah kurang lebih sama dengan situasi jalan ke Cameron/Genting Highland yang berliku-liku dan mendaki sepanjang masa. Sila bertabah dan berhati-hati! Dan lebih baik korang solat dulu kat KKIA / masjid kat sekitar KK sebab jarang perasan ada musollah sepanjang perjalanan ke Kundasang tu.
destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 4 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)
Sebelum sampai di Kundasang, singgah sebentar di Pekan Nabalu. Di situ ada pasar kraftangan dan juga menara untuk posing2 camwhore. Hihi.
Di Kundasang ada banyak resort yang korang boleh pilih. Selalunya yang menjadi pilihan ialah
-          Perkasa Hotel (Mt. Kinabalu Heritage Resort & SPA) Kundasang; ataupun
-          Kinabalu Pine Resort (Alpine)
Pemilihan dua tempat penginapan ini adalah – korang takkan regret dengan pemandangan dan keindahan landscape berlatarkan Kinabalu yang sangat awesome!!
destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 5 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)
destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 6 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)
Selain itu banyak juga homestay-homestay atau rumah tumpangan di sekitar pekan Kundasang, kena pandai Tanya hencik Google lah ye.
destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 7 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)
#Tips : Make sure korang ada kompas / app yang boleh tunjuk arah kiblat untuk memudahkan korang nak solat icon smile Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong) . Singgah sebentar di Pekan Kundasang, kat situ ada KFC uols!, tapao-lah! Atau boleh beli makanan ringan di kedai-kedai runcit di situ.
Kalau sampai dalam jam 5-6 petang, dah mula gelap, berkabus dan sangat dingin!!! Silakan standby jaket/sweather/selendang. Selepas dah check in tu feeling2 oversea sikit lah lepak-lepak sekitar hotel sambil menghembus nafas berkabus ala-ala winter sonata. Hahaha.
#Tips : Waktu berlalu adalah terasa sangat pantas di Sabah ye, jam 4-5 pagi dah cerah, so tidur awal, nanti menyesal!
Destinasi hari kedua ; Kinabalu Park untuk menyaksikan puncak Gunung Kinabalu dari jarak dekat dengan sejelas-jelasnya, Subhanallah, cantik sangat!! Kat sini nanti korang boleh tengok kegigihan sang porter, penduduk tempatan yang ambil upah tolong angkat barang-barang pendaki gunung, sekali angkat dekat 100 kg, setakat tong gas? Turun naik gunung balik hari je dik…ko mampu? Hahaha!
destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 8 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 9 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)
destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 10 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)
#Tips : Bayaran masuk ke Kinabalu Park adalah RM3.00/seorang, dan tiket ini boleh digunakan untuk ke destinasi seterusnya, sila simpan!
Seterusnya, jom ke Poring Hot Spring di Ranau, kira-kira 1 jam perjalanan gak lah dari Kinabalu Park. Tunjukkan tiket masuk ke Kinabalu Park kat kaunter Poring Hot Spring untuk mendapatkan pengecualian bayaran tiket masuk. icon smile Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong) Kat sini memang meriah dengan orang ramai yang datang dengan kawan-kawan dan ahli keluarga masing-masing untuk mandi air panas. Kalau korang nak privasi, bolehlah bayar dalam RM15 – RM20 sejam untuk bilik tertutup. Sangat selesa dan syiok..!
destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 11 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 12 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)
Bila dah puas dan penat mandi, perut pun jadi lapar, ada sebuah restoran kat sini yang dijamin sebagai halal dan Gred A Kebersihan Premis Makanan. Namanya Rainforest Restaurant. Makanannya memang sedap, saiz hidangannya pun besar, harga? Standard harga tempat pelancongan lah..huhuhu!
destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 13 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)
destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 14 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)
Selepas tu boleh sambung perjalanan ke ‘Tagal’ Sungai Moroli, Kampung Luanti yang terkenal dengan fish massage. Tempat ini di Ranau juga, lebih kurang 15 minit dari Poring Hot Spring. Bayaran masuk adalah RM5.00 seorang untuk di’massage’ selama 20 minit. Mula-mula tu ada gak rasa takut / geli nak kena ‘urut’ ni tapi lama-lama tu baru rasa enjoy. Lagi enjoy dari amoi! Erkkk…. Hihi!
destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 15 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)
Selepas itu boleh patah balik ke Kundasang untuk ke Desa Dairy Farm (DDF) a.k.a New Zealand Malaysia. Korang jangan tergezut lak dengan keadaan jalan masuk ke DDF yang agak mencabar tu. As long as korang nampak signage lembu DDF, percayalah yang itu adalah jalan masuk ke situ. Hehe. Bayaran masuk adalah RM4.00 seorang.
Kalau timing baik, boleh tengok sekali proses perahan susu lembu (selalunya jam 3.00 petang), dan jika cuaca sangat baik, viewnya adalah sangattttt New Zealand, feeling2 drama Dejavu Kinabalu juga!! Hahaha..
#Tips : Keadaan angin di sini bukan sepoi-sepoi bahasa tau, tapi…derasnya sehingga boleh menutup pintu kereta! Tapi memang nyaman sekali sebab udara yang sangat fresh!!!
destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 16 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)
Sebelum berangkat pulang ke Kota Kinabalu, sila-silakan singgah di Pekan Kundasng semula, sekitarnya ada gerai-gerai menjual sayur-sayuran yang sangat segar, crispy dan manis. Memang lain rasanya dari sayur kat pasar biasa! Huhu! Cuba-cuba juga cari Buah Tarap kat Kundasang. Orang kata sedap. Ala-ala rasa durian + cempedak / nangka.
destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 17 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)
Dalam perjalanan kembali ke Kota Kinabalu, sambil-sambil buat confirmation untuk hotel penginapan di sana, jangan lupa singgah di Tamparuli (yang femes amos lagu Jambatan Tamparuli tuuuu!) untuk melawat ke Rumah Terbalik. Haaa… Ya betul, semua terbalik, perabot sampai ke kereta kat porch dia tu pun terbalik. Jangan pening sudah. Hehehe..
destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 18 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)
Kalau penat nak singgah makan seafood di Pasar Malam Sinsuran, atau Jesselton Point, atau jalan-jalan area Kinabalu Waterfront, duduk hotel, order Pizza je lah! Huhu!
#Tips :  Kat KK takde PHD (1300-82-2020) tapi ada Pizza Hut je (1300-88-2525). So jangan buang masa call nombor PHD :p
destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 19 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)
Pada keesokan paginya, jelajah diteruskan ke Tip of Borneo – Tanjung Simpang Mengayau yang terletak kat Kudat. Memang sangat jauh perjalanan, lebih 3 jam dari KK. So, kalau tak larat, sila skip! FYI, Tip of Borneo ni terkenal sebagai salah satu ‘tanduk’ negeri Sabah (sila tengok peta ye) dan tempat pertemuan dua laut iaitu Laut China Selatan serta Laut Sulu.
#Tips : Kalau korang nak ke Kudat, lebih berbaloi rasanya kalau korang stay 1 malam sebab ada banyak masa untuk mandi laut, melawat Gombizau Honey Bee Farm, Kampung Bavanggazo (Rungus Longhouse), Kampung Sumangkap Gong Factory etc.
Pada sebelah malamnya, sampai kembali di KK, jom dinner kat Tanjung Lipat. Sedap makanannya dan macam-macam ada, dari seafood, sate, BBQ, kuih-kuih, banyak lagi laa. Sebelum balik ke hotel, kitorang singgah dulu kat Pasar Malam Kampung Air (area Bandar KK; ia bukan kampong, tengah Bandar je sebenarnya, tapi dulu2 kampung lah…) yang ada jual macam-macam barangan berasaskan mutiara macam kerongsang, butang baju melayu, gelang tangan, jam tangan, etc. Di sini juga ada jual baju-baju tshirt pelancong tu yang murah-murah. Ala-ala downtown pun ada jugak, tapi tutup awal daa!
destinasi perlancongan menarik malaysia sabah 20 Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia   Sabah (Tips Melancong)
Aktiviti terakhir yang dicadangkant ialah Island Hopping ke Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Kos dia dalam RM25 seorang + caj untuk goggle mask dan life jacket dalam RM5 per item + service tax + bayaran masuk ke pulau. Tak hingat la bape hengget.. Air laut di pulau-pulau kat Sabah ni memang cantik. Kalah Krabi :p
#Tips :  Bawa beg kalis air untuk simpan barang berharga yang perlu  dibawa mandi sama-sama. Penting ni!
Akhir sekali, sebelum pulang kereta sewa, dan berlepas pulang ke Semenanjung, perkara paling best ialah, shopping di Pasar Filipina dan juga Pasar Ikan Masin disebelahnya yang terletak di tengah-tengah bandar KK. Barangan di sini macam sama juga di Pasar Malam Kampung Air, mutiara, kain batik, barang perhiasan kerang-kerangan, mutiara, kraftangan, baju tshirt, dam macam-macam lagi. Jika anda pernah datang sekali ke sini dan kenal dengan salah seorang peniaga di sini, jangan lupa untuk bersikap ramah dan meminta nombor telefon beliau, mana tahu bila datang lagi boleh dapat diskaun lagi…sebabnya minta nombor telefon? Peniaga-peniaga dalam pasar itu akan buat rotation lokasi kiosk masing-masing dalam masa 1-2 bulan sekali. Strategi dan adil katanya! Hahaha! Apa-apa je lah!
#Last Tips : Sila pastikan anda bukan berhati lembut untuk tawar menawar di kedua-dua pasar ini. Hahaha. Kelebihan memujuk dan merajuk adalah sangat berkesan, kecuali jika musim cuti/pelancong yang pack — memang bo-layan lah korang merajuk ke apa, ada diorang kisah??! Ahaha..
Last sekali, sebelum pulang juga, singgah sebentar di Tanjung Aru, makan seafood lagi, ada cendol, ABC, Jeli Kelapa dan yang wajib beli – JERUK-JERUKAN!
SUMBER: 

Gua Baru Di Sabah Diberi Nama ‘Gua MH370′


SEMPENA insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang sudah masuk hari ketiga, sekumpulan pakar penjelajah gua memberi nama gua baru yang ditemui mereka sebagai  “Gua MH370″.
Kumpulan itu yang menggelarkan diri mereka sebagai Bornea Spelunker (Pasukan Jelajah Dan Pemulihan Gua) mengumumkan perkara itu di laman Facebook.
Seorang daripada anggota pasukan itu merupakan pakar jelajah gua iaitu Laili Basir yang bertanggungjawab memperjuangkan nasib beberapa gua di daerah Merapoh di Pahang yang pada satu ketika baru-baru ini menghadapi risiko musnah akibat pembukaan kilang simen yang kemudiannya dihentikan.
Gua MH370 ditemui di Pulau Balambangan, Sabah pada 8 Mac lepas.
Pasukan itu diketuai oleh pakar penjelajah gua iaitu Papi Johntoy John.
Nama itu sebagai menghormati kejadian yang jarang berlaku melibatkan pesawat MH370 yang terputus dari hubungan radar dengan menara kawalan Subang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China pada awal pagi Sabtu lepas.
MAS dalam kenyataan pertamanya dalam insiden itu memaklumkan bahawa pesawat berkenaan hilang dari radar pada pukul 2.40 pagi.
Seluruh dunia memberi tumpuan kepada insiden ini kerana ia jarang berlaku kerana MH370 hilang tanpa sebarang petanda terutamanya daripada juruterbangnya iaitu Kapten Zaharie Ahmad Shah yang mungkin ada memaklumkan berkenaan sebarang kecemasan dalam pesawat kendaliannya.

Suasana Kamalodge Taiping Mendamaikan

SEBAGAI bandar moden tertua di negara ini, Taiping menjadi antara destinasi kegemaran bagi warga kota khususnya dari tengah dan utara tanah air untuk melarikan diri seketika daripada kesibukan hidup di bandar.

Bandar bekas pusat pentadbiran Inggeris itu menawarkan banyak tarikan menarik untuk diterokai walaupun dalam tempoh percutian yang singkat.

Tidak jauh dari Taman Tasik Taiping yang menjadi ‘pusat’ tarikan aktiviti pelancongan di situ, sebuah calet di pinggir hutan menjanjikan pengalaman percutian yang berbeza dengan penginapan di bilik-bilik hotel.

Kamalodge Taiping yang terletak di kaki Bukit Larut (Maxwell Hill) boleh dikatakan antara persinggahan paling ideal bagi mereka yang dahagakan suasana tenang dan damai semasa bercuti.

Diapit tarikan-tarikan utama seperti zoo, muzium, penjara, restoran dan tapak medan selera, Kamalodge sememangnya pilihan yang tepat untuk percutian seisi keluarga yang tidak memerlukan pengunjung memandu terlalu jauh ke sana ke mari.

Calet bercirikan banglo berkembar di sini menawarkan 19 unit penginapan yang selesa, bersih dan lengkap dengan peralatan dan keperluan sekeluarga.

Harga penginapan bilik yang boleh memuatkan dua orang dewasa ditawarkan pada harga RM180, manakala penginapan suite berharga RM320 semalaman.
Di halamannya, sebuah kolam renang berair pancut yang beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 7.30 petang pasti menjadi lokasi kegemaran anak-anak.

Selain keselesaan cuaca dingin dan berkabus di sekitar kaki Bukit Maxwell itu, Kamalodge dilengkapi dengan kemudahan seperti dewan taklimat, kawalan keselamatan selama 24 jam, surau, internet dan perkhidmatan dobi.

Bagi yang keberatan untuk keluar menikmati keenakan hidangan sotong kangkung dan char kuey teow yang terkenal di bandar Taiping, kafeteria Orange yang terletak bersebelahan lobi calet turut menyajikan sajian yang bertanding.



Utusan

Tasik 500 Tengkorak Di India Jadi Tarikan Pelancong



Uttarakhand - Di dunia , banyak sekali destinasi yang sangat terkenal dengan misterinya . Begitu juga dengan Tasik Skeleton di Uttarakhand , India . Tasik ini terkenal dengan penemuan 500 tengkorak yang begitu misteri .

Pada tahun 1942 , seorang penjaga hutan di Uttarakhand , India menemukan perkara yang sangat misteri di Tasik Skeleton . Tasik ini berada pada ketinggian 16,000 mdpl . Lembah kecil ini mempunyai air yang berasal dari cairan ais Pergunungan Himalaya , seperti yang dilihat dari laman web rasmi Tasik Skeleton , Rabu ( 15/1/2013 ) .

Saat air masih membeku , tasik ini memang kelihatan biasa - biasa sahaja . Tapi setelah ais mula cair , terlihat sesuatu yang sangat aneh . Ada banyak tengkorak di tasik ini . Jumlahnya tidak main - main , ada kira-kira 500 tengkorak .



Saat ditemui , tengkorak tersebut kelihatan berantakan . Ada yang di tengah , di dasar , dan di tepi tasik . Banyak orang yang beranggapan bahawa telah berlaku pembunuhan beramai-ramai di sini .

Andaian lain kemudian muncul , bahawa tengkorak tersebut adalah para tentera Jepun yang meninggal kerana ingin menyusup ke wilayah India . Lalu Inggeris menugaskan pasukan untuk menginvestigasikan kebenaran dan asal - usul tengkorak tersebut . Para saintis mengatakan , tulang , daging , dan rambut yang masih melekat di tengkorak menandakan bahawa tengkorak tersebut bukanlah para tentera Jepun yang meninggal .

Bertahun - tahun , banyak orang yang bertanya - tanya tentang misteri tengkorak tersebut termasuk para traveler . Tapi kemudian , titik terang mula kelihatan setelah pada tahun 2004 para saintis datang untuk meneliti .



Ternyata , 500 tengkorak tersebut ada 2 jenis . Hal itu dibuktikan dari ujian DNA yang dilakukan para saintis . Jenis yang pertama adalah manusia dengan badan yang cukup tinggi yang diketahui mereka adalah para traveler yang ingin berziarah ke India melalui laluan Himalaya . Jenis yang kedua adalah warga tempatan , terlihat dari bentuk tubuhnya yang tidak terlalu tinggi .

Anehnya , semua tengkorak yang ditemui ternyata mati dengan cara yang sama . Ada luka bekas pukulan di kepala dan bahu mereka . Luka tersebut bukan dari senjata , tapi dari sesuatu yang berbentuk bulat . Lalu , apakah mereka dibunuh oleh sekumpulan orang ?



Jawapannya adalah tidak . Sebenarnya , mereka mati kerana ditimpa bola ais . Secara mengejutkan , bola - bola ais bersaiz besar bergolek dari puncak gunung . Traveler dan penduduk asal di Tasik Skeleton kemudian menyelamatkan diri mereka di lembah ini . Kerana tidak adanya penghalang , akhirnya mereka tertimbus hidup - hidup di sini . Hiii !

Tetapi , kisah seram tersebut ternyata tidak menyurutkan para traveler untuk datang kembali . Selain kerana misterinya , Tasik Skeleton juga menjadi tempat kegemaran pelancong yang ingin mendaki gunung di kawasan Uttarakhand . Kawasan ini dikenali mempunyai pemandangan yang indah . Di beberapa tempat juga terdapat salji abadi . Anda berani ?

Sumber: travel.detik.com

Senarai Pulau Paling Tercantik Di Malaysia


Malaysia merupakan negara yang mempunyai pulau dan pantai yang tercantik di dunia. Namun mungkin kurang pendedahan di media massa menyebabkan banyak tempat menarik di Malaysia kurang mendapat perhatian umum dan hanya beberapa tempat sahaja yang menjadi tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Kami ingin berkongsi dengan anda 10 lokasi pulau dengan pantai yang tercantik di Malaysia yang mungkin anda boleh lawati.





Berikut Merupak Senarai 10 Pantai Tercantik di Malaysia



1. Pantai Juara, Pulau Tioman , Pahang



Kredit Gambar : wikipedia.com
Pantai Juara terletak di Pulau Tioman, Pahang. Bagi yang mencari ketenangan di pulau dan jauh dari orang ramai dengan pantai yang cantik, ini adalah tempatnya. Selain daripada bercuti, terdapat resort yang menyediakan kemudahan kayak, restoran, Wi-Fi , pakej percutian/snorkelling yang murah dan sebagainya. Pada 1970-an, Pulau Tioman Malaysiatelah dinamakan sebagai salah satu daripada sepuluh pulau yang paling indah di dunia oleh majalah Time dan telah dinobat sebagai salah satu daripada 100 pantai tercantik di dunia oleh CNN.
         
Di sini terdapat pelbagai tempat penginapan yang menarik dan bergantung kepada bajet anda seperti Berjaya Tioman Resort, Selesa Tioman, Tunamaya Beach & Spa Resort dan Paya Beach Resort.
2. Pantai Perhentian Kecil,Pulau Perhentian, Terengganu

Tersenarai sebagai di antara 100 pulau tercantik di dunia oleh CNN, pastinya anda tidak boleh melepaskan peluang ke sini. Pulau Perhentian Kecil mempunyai ‘Long Beach‘ di mana tempat yang paling meriah pada waktu malam di Pulau Perhentian dan pantai di Perhentian Kecil merupakan di antara pantai tercantik di Malaysia. Kebanyakkan pengunjung masih tidak mengenali pantai ini dan bot tidak dibenarkan memasuki pantai ini kerana terdapat banyak terumbu karang dengan air yang cetek. Di sini terdapat pemandangan indah ketika matahari terbenam. Dikelilingi hutan yang bersih, pepohon yang melambai, pasir pantai yang memutih dan air laut yang membiru, Pulau Perhentian menjadi kawasan perlindungan untuk binatang, burung yang berhijrah dan sebagainya.
Anda juga boleh membuat perancangan untuk pelayaran ke pulau-pulau berhampiran, dan bot boleh disewa untuk meninjau kawasan di sekitar pulau ini. Lawatan ke pulau tropika ini menjadi kemestian bagi mereka yang sukakan sukan luncur angin, belayar, berkayak dan memancing di laut dalam. Selain itu juga, ramai pengunjung ’backpacker’ gemarkan destinasi ini kerana terdapat pelbagai pilihan penginapan dan makanan dengan harga yang berpatutan.
3. Pantai Tanjung Rhu, Langkawi, Kedah
Terletak di luar Pantai Pasir Hitam, Tanjung Rhu mempunyai salah satu persisiran pantai terbaik Langkawi. Air di kawasan pantai jelas seperti kristal, pasirnya pula halus menjadikan pantai ini tersenarai sebagai salah satu pantai tercantik di dunia.
Terdapat beberapa gerai di tepi jalan menjual makanan popular di Langkawi dan terdapat beberapa buah resort seperti Tanjung Rhu Resort serta Four Seasons Resort bagi mereka yang ingin menginap di sini. Kebanyakkan pelancong di Langkawi berkunjung ke pantai Pantai Cenang, tetapi bagi yang inginkan ketenangan, Tanjung Rhu adalah pilihan yang tepat.
4. Pantai Pulau Lankayan, Sabah

Pulau Lankayan adalah sebuah pulau batu karang tropika yang amat kecil yang berada di Laut Sulu, terletak di barat laut Pulau Borneo, dibawah naungan negeri Sabah, Malaysia. Pulau ini terletak kira-kira 15 km dari Sandakan.
Pantai di pulau ini ini terkenal dengan pasirnya yang amat putih yang hampir sama dengan suasana di pulau Maldives. Pulau ini mempunyai perairan yang dilindungi dan diisytiharkan sebagai sebuah taman laut negara. Pantai di Pulau Langkayan juga mempunyai resort yang eksklusif, bermakna anda boleh berehat dan menikmati keindahan alam semula jadi.
Pulau Lankayan adalah sebuah pulau kecil, ditutup sepenuhnya dengan tumbuh-tumbuhan tropika dan pokok sena tinggi. Pulau ini adalah bersih, tidak mempunyai pekerjaan yang dialami manusia untuk panjang, jadi pantai dan air laut yang bersih dan jernih adalah bebas daripada kotoran dan plastik. Info Lanjut 
5. Pantai Pulau Mataking, Sipadan, Sabah
Pulau Mataking termasuk di dalam kawasan Borneo Nusantara Malaysia dan ia terkenal kerana menjadi sebahagian daripada “syurga penyelam” sama juga seperti Pulau Mabul dan Pulau Sipadan. Tidak seperti destinasi pelancongan yang berada di bawah pentadbiran langsung Daerah Sabah, kawasan ini adalah kawasan persendirian.
Kedua-dua bahagian pulau iaitu Mataking Besar dan Mataking Kecil adalah dihubungkan secara semula jadi melalui jalan pasir yang sempit, di mana anda boleh berjalan ketika air surut. Pulau ini adalah seluas 40 ekar, tetapi walaupun saiz yang kecil, anda boleh membuat pelbagai aktiviti di sini.
Untuk ke sini, anda perlu mengambil penerbangan ke Tawau melalui Kuala Lumpur atau Kota Kinabalu. Anda boleh menggunakan pengangkutan kereta sewa/van dari bandar Tawau pada siang hari ke Semporna dan dari situ anda boleh menggunakan perkhidmatan bot laju ke Pulau Mataking ( perjalanan selama 1 jam ). Anda juga boleh menggunakan bot ke pulau melalui Pulau Sipadan atau Pulau Mabul.
6. Pantai Pulau Manukan , Sabah
Pulau Manukan adalah pulau kedua terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman, Malaysia dan diiktiraf sebagai taman laut negara. Ia terletak di bahagian Malaysia Timur iaitu di negeri Sabah, pulau ini boleh dilawati dengan menggunakan bot yang mengambil masa 10 minit perjalanan. Pantai yang terbaik adalah di kawasan hujung timur pulau itu. Pada luar pesisir Pulau Manukan terdapat terumbu karang yang sangat cantik dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan termasuklah parasailing, selam skuba, mendaki gunung dan mengambil gambar permandangan bagi peminat fotografi. Bagi yang ingin menginap di sini, anda boleh berkunjung ke Manukan Island Resort.
7. Pantai Pulau Sapi, Sabah
Pulau Sapi terletak di luar pantai pusat bandar Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan tarikan utama di Taman Marin Tunku Abdul Rahman. Dari Hyatt Regency Kinabalu, anda perlu menaiki teksi ataupun 10 minit berjalan kaki untuk ke jeti di terminal feri Jesselton Point, Kota Kinabalu.
Air laut dan pantai Pulau Sapi adalah sangat jernih dan mungkin adalah salah satu pantai yang paling indah di Malaysia. Pada siang hari, pantai meriah dengan pelbagai aktiviti pantai. Pada waktu siang di Pulau Sapi, pelbagai aktiviti pantai diadakan seperti selam skuba dan kawasan pantainya sesuai untuk aktviti renang. Info Lanjut 
8. Pantai Pulau Mabul, Sabah
Pantai ini mungkin salah satu pantai yang terbaik yang pernah anda lihat. Imej indah pulau di lautan Pasifik Selatan akan segera berada di fikiran anda sebaik sahaja anda melangkah kaki ke pantai di sini.
Pulau Mabul terletak kira-kira 15 minit dari Pulau Sipadan dengan menaiki bot, pulau yang berada di luar pantai tenggara Borneo, di Sabah, ini adalah permata sebenar Laut Selatan. Terkenal bukan sahaja kerana berdekatan dengan Pulau Sipadan, tetapi juga untuk kecantikannya yang tersendiri, pulau kecil dikelilingi pasir putih, dan terkenal sebagai yang terbaik bebas kotoran untuk para penyelam.
Lapangan terbang paling dekat dengan Mabul adalah Tawau, dengan penerbangan harian yang kerap dari Kuala Lumpur dan Singapura. Dari Tawau, anda boleh mengambil teksi atau van mini untuk ke Semporna, sebuah pelabuhan dengan masa pemanduan kira-kira 2 jam. Dari Semporna, anda mengambil kira-kira 45 minit untuk sampai ke sana dengan bot laju. Info Lanjut 

9. Pantai Pasir Putih, Pulau Dayang, Mersing , Johor

Sebenarnya, nama rasmi pantai ini adalah pantai Pasir Panjang, seperti yang tercatat di jeti, akan tetapi oleh kerana terlalu banyak pantai yang diberi nama Pantai Pasir Panjang di pulau seluruh Malaysia, iaitu di Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Tioman, jadi penggunaan nama Pantai Pasir Putih adalah bersesuaian dan pemandangan di sini adalah sama seperti namanya, pasirnya yang putih,lembut dan tidak tercemar. Terdapat beberapa kerusi pantai disediakan oleh Dayang Blues Resort di mana anda boleh bermain air laut di bawah cahaya matahari ataupun anda boleh mengajak rakan anda bermain bola tampar pantai yang disediakan oleh resort.
Menurut maklumat dari Utusan, Pulau Dayang merupakan pulau paling hampir dengan Pulau Aur di Mersing. Pelancong boleh ke pulau ini dengan perjalanan yang mengambil masa selama 4-5jam. Di sini juga terdapat fasiliti selam skuba yang cukup untuk meneroka perairan Mersing yang kaya dengan hidupan marin serta pelbagai jenis ikan. Info Lanjut 
10. Pantai Teluk Dalam, Pulau Redang , Terengganu
Terdapat dua pantai Teluk Dalam iaitu di Pulau Pangkor dan juga Pulau Redang. Pilihan penulis adalah Pantai Teluk Dalam di Pulau Redang . Pantai Teluk Dalam tidak boleh diakses dari pantai Pasir Panjang. Anda boleh menyewa bot ataupun menggunakan laluan trek hutan yang menghubungkan kedua pantai (dianggarkan kira-kira satu jam jika berjalan kaki). Anda juga boleh menggunakan akses yang paling biasa iaitu dari jeti Shahbandar di Kuala Terengganu, di mana anda akan mengambil bot Berjaya Resort ke jeti kampung nelayan di Redang. Dari jeti, anda boleh menggunakan pengangkutan minivan sejauh kira-kira 3 km di jalan pedalaman ke pantai ini.
Pantai ini adalah sangat sesuai untuk aktiviti renang, tetapi tidak begitu sesuai untuk aktiviti selam skuba kerana tidak banyak karang.