Select Menu

Hiburan

Isu Semasa

Isu Panas

Hiburan

Sejarah

Pelancongan

Informasi

Pelbagai

» » Suasana Kamalodge Taiping Mendamaikan

SEBAGAI bandar moden tertua di negara ini, Taiping menjadi antara destinasi kegemaran bagi warga kota khususnya dari tengah dan utara tanah air untuk melarikan diri seketika daripada kesibukan hidup di bandar.

Bandar bekas pusat pentadbiran Inggeris itu menawarkan banyak tarikan menarik untuk diterokai walaupun dalam tempoh percutian yang singkat.

Tidak jauh dari Taman Tasik Taiping yang menjadi ‘pusat’ tarikan aktiviti pelancongan di situ, sebuah calet di pinggir hutan menjanjikan pengalaman percutian yang berbeza dengan penginapan di bilik-bilik hotel.

Kamalodge Taiping yang terletak di kaki Bukit Larut (Maxwell Hill) boleh dikatakan antara persinggahan paling ideal bagi mereka yang dahagakan suasana tenang dan damai semasa bercuti.

Diapit tarikan-tarikan utama seperti zoo, muzium, penjara, restoran dan tapak medan selera, Kamalodge sememangnya pilihan yang tepat untuk percutian seisi keluarga yang tidak memerlukan pengunjung memandu terlalu jauh ke sana ke mari.

Calet bercirikan banglo berkembar di sini menawarkan 19 unit penginapan yang selesa, bersih dan lengkap dengan peralatan dan keperluan sekeluarga.

Harga penginapan bilik yang boleh memuatkan dua orang dewasa ditawarkan pada harga RM180, manakala penginapan suite berharga RM320 semalaman.
Di halamannya, sebuah kolam renang berair pancut yang beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 7.30 petang pasti menjadi lokasi kegemaran anak-anak.

Selain keselesaan cuaca dingin dan berkabus di sekitar kaki Bukit Maxwell itu, Kamalodge dilengkapi dengan kemudahan seperti dewan taklimat, kawalan keselamatan selama 24 jam, surau, internet dan perkhidmatan dobi.

Bagi yang keberatan untuk keluar menikmati keenakan hidangan sotong kangkung dan char kuey teow yang terkenal di bandar Taiping, kafeteria Orange yang terletak bersebelahan lobi calet turut menyajikan sajian yang bertanding.



Utusan

About Unknown

PERINGATAN: Ohbah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply