Select Menu

Hiburan

Isu Semasa

Isu Panas

Hiburan

Sejarah

Pelancongan

Informasi

Pelbagai

» » Gua Baru Di Sabah Diberi Nama ‘Gua MH370′


SEMPENA insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang sudah masuk hari ketiga, sekumpulan pakar penjelajah gua memberi nama gua baru yang ditemui mereka sebagai  “Gua MH370″.
Kumpulan itu yang menggelarkan diri mereka sebagai Bornea Spelunker (Pasukan Jelajah Dan Pemulihan Gua) mengumumkan perkara itu di laman Facebook.
Seorang daripada anggota pasukan itu merupakan pakar jelajah gua iaitu Laili Basir yang bertanggungjawab memperjuangkan nasib beberapa gua di daerah Merapoh di Pahang yang pada satu ketika baru-baru ini menghadapi risiko musnah akibat pembukaan kilang simen yang kemudiannya dihentikan.
Gua MH370 ditemui di Pulau Balambangan, Sabah pada 8 Mac lepas.
Pasukan itu diketuai oleh pakar penjelajah gua iaitu Papi Johntoy John.
Nama itu sebagai menghormati kejadian yang jarang berlaku melibatkan pesawat MH370 yang terputus dari hubungan radar dengan menara kawalan Subang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China pada awal pagi Sabtu lepas.
MAS dalam kenyataan pertamanya dalam insiden itu memaklumkan bahawa pesawat berkenaan hilang dari radar pada pukul 2.40 pagi.
Seluruh dunia memberi tumpuan kepada insiden ini kerana ia jarang berlaku kerana MH370 hilang tanpa sebarang petanda terutamanya daripada juruterbangnya iaitu Kapten Zaharie Ahmad Shah yang mungkin ada memaklumkan berkenaan sebarang kecemasan dalam pesawat kendaliannya.

About Unknown

PERINGATAN: Ohbah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply