Select Menu

Hiburan

Isu Semasa

Isu Panas

Hiburan

Sejarah

Pelancongan

Informasi

Pelbagai

Alyph (Sleeq) Mohon Maaf Pegang Tangan Tunang



PETALING JAYA: Penyanyi Alyph (Sleeq) memohon maaf jika gambarnya berpegangan tangan bersama tunang, Azzah Fariha Samat, 27, mengundang rasa kurang selesa kepada mana-mana pihak yang melihatnya.
Alyph atau nama sebenarnya Alif Abdullah, 25, berkata, gambar tersebut sepatutnya tidak perlu dijadikan isu namun dia tetap menghormati setiap pandangan yang diberikan oleh masyarakat sekeliling.

"Maafkan saya jika ada yang tidak berkenan dengan gambar itu. Tetapi saya hormati segala komen dan kritikan yang diberikan kerana saya faham, media sosial adalah satu platform bebas untuk sesiapa pun yang ingin komen.

"Apa-apa pun terima kasih atas kritikan itu. Dan jujurnya saya tidak terasa hati pun dengan segala komen negatif yang diberi. Cuma terkejut sedikit sahaja pada mulanya," katanya kepada mStar Online yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsAapp di sini pada Isnin.

Minggu lalu, segelintir peminat Alyph telah mengkritiknya selain dia memuat naik foto bersama tunang di Facebook dengan berpegangan tangan.

Antara komen mengatakan mereka tidak sepatutnya mengambil gambar berpegangan tangan meskipun sudah bertunang kerana mereka masih belum menjadi suami-isteri yang sah.

Sementara itu, ditanya pula mengenai persiapan perkahwinan yang bakal berlangsung pada 13 September depan di Gardens By The Bay Singapore, Alyph berkata, kesemuanya sudah hampir selesai diuruskan.

"Alhamdulillah, persiapan perkahwinan kami sudah hampir siap. Segala dokumen yang perlu dibuat juga sudah selesai.

"Tinggal tunggu masa saja. Berdebar juga, doakan segalanya berjalan dengan lancar," tuturnya.

Dalam pada itu, seorang lagi ahli Sleeq iaitu Ahmad Syarif, 25, bakal melangsungkan perkahwinannya pada November depan.

David Teo Selar Stesen Radio Enggan Putar Lagu Nyanyiannya



PETALING JAYA: Penerbit filem Metrowealth International Group (MIG) David Teo berasa pelik apabila single lagu pertamanya berjudul Kacang tidak diterima baik oleh pihak stesen radio tempatan sedangkan ia mendapat sambutan di YouTube dengan jumlah lebih 112,000 tontonan.
David berkata, lagu yang turut menampilkan penyanyi Fida Ibrahim, Zarul dan Cat Farish itu hanya dimainkan selama seminggu di beberapa buah stesen radio menerusi segmen lagu baru tempatan dan kemudian ia tidak lagi ke udara.

"Mereka (pihak radio) menganggap lagu itu tidak mencapai piawaian seperti yang dikehendaki.

"Jika benarlah lagu saya itu biasa-biasa sahaja, tidak mungkin Kacang mendapat jumlah tontonan yang tinggi di YouTube, malah ia masih lagi ditonton sehingga kini. Malah liriknya juga sarat dengan mesej yang berguna buat masyarakat kita," katanya yang dihubungi mStar Online.

Tambah David, dia tidak terkilan pun dengan mana-mana stesen radio kerana menganggap Kacang sudah mencetuskan fenomena tersendiri walaupun hanya menerusi di YouTube sahaja.

Bagaimanapun, David menyifatkan kebanyakan stesen radio di negara ini terlalu syok sendiri kerana memutarkan lagu-lagu yang diminati pihak stesen terbabit tanpa mengikut trend terkini di media sosial.

"Sebelum ini saya memberikan lagu Kacang kepada stesen radio untuk mereka jadikan ia sebagai eksklusif sebelum memuat naik klip video di YouTube. Malangnya ia hanya dimainkan untuk beberapa kali sahaja.

"Patutlah… baru saya faham mengapa ramai penggiat muzik berbakat hanya popular di laman sosial, tetapi tidak secara arus perdana.

"Sudah tiba masanya pihak radio mengubah format mereka mengikut cara media sosial yang lebih kemas kini berbanding cara mereka memilih lagu," tegasnya.

Sementara itu, David berkata, dia telah melaburkan sebanyak RM30,000 untuk lagu tersebut termasuklah kos pembikinan klip video bagi memberikan kualiti yang terbaik buat penonton yang menyaksikannya. mStar

Iqa (Velvetband) Ditipu Peniaga Instagram



PETALING JAYA: Penyanyi Iqa (Velvetband) berang apabila kasut yang dibeli secara online menerusi laman Instagram masih belum diterimanya walaupun sudah membuat tempahan sejak sebulan lalu.
Berusia 28 tahun, Iqa atau nama sebenarnya Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor berkata, kejadian itu membuatkan dia meminta peniaga tersebut memulangkan wangnya, bagaimanapun hingga kini pelbagai alasan diberikan peniaga tersebut.

"Saya sememangnya seorang pembeli barangan online tegar dan tidak pernah mempunyai masalah dalam urusan jual-beli.

"Tetapi lain pula kali ini apabila kasut yang saya beli hingga kini masih belum diterima. Macam-macam alasan peniaga itu beri.

"Kemudian saya memutuskan untuk meminta peniaga berkenaan memulangkan semula wang saya. Itu pun dilengah-lengahkan. Kononnya duit saya sudah dikembalikan menerusi transaksi bank, tetapi apabila disemak, tiada sebarang transaksi dilakukan," katanya yang dihubungi mStar Online.

Bagaimanapun, tambah Iqa, kejadian ditipu itu tidak pernah membuatkan dia serik untuk membeli barangan secara online lagi.

Katanya, dia yang turut mempunyai barangan jualan di laman Instagram iaitu Therockingdollshop percaya, tidak semua peniaga online yang mengambil kesempatan terhadap pembeli.

"Dari dulu lagi, saya lebih senang membeli belah menerusi internet. Cuma silapnya, saya mudah mempercayai orang dan yakin tiada yang akan menipu berkaitan urusan jual beli.

"Ini juga pengajaran buat diri supaya lebih berhati-hati selepas ini.

"Tetapi tidaklah sampai serik nak membeli di internet. Saya yakin masih ramai lagi yang jujur berniaga. Cuma sebagai pembeli, saya perlu teliti dengan setiap transaksi dan bukti pembelian yang dibuat," ujarnya.

Chacha Maembong Jadi Kurang Ajar Kerana Baju?


PETALING JAYA: Pelakon Chacha Maembong terkejut dituduh bersikap kurang ajar dengan menghayunkan beg tangan ke kepala pelakon lain hanya kerana tidak berpuas hati dengan baju yang terpaksa dipakai.
Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aishah Ismail, 18, berkata, insiden sedemikian tidak pernah berlaku sepanjang kerjayanya sebagai artis.

"Cerita itu tidak benar sama sekali, saya ingin bercakap dengan pelakon lain pun ada kalanya saya malu, inikan pula sampai tergamak menghayunkan beg tangan. Saya tidak mungkin bersikap kurang ajar seperti itu.

"Saya ini jenis yang tidak pernah kisah tentang baju yang pihak produksi sediakan kerana saya yakin ia sesuai dengan watak saya. Entah daripada mana mereka dapat cerita buruk dan tidak benar ini, saya tak pasti.

"Kalau benar tuduhan saya menghayunkan beg tangan kepada seorang pelakon, saya minta individu itu bersemuka dengan saya untuk selesaikannya cara baik dan bukan melalui media,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Chacha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip terbaharu apabila dia dikatakan sengaja menghayun beg tangan ke kepala seorang pelakon  kerana tidak berpuas hati dengan baju pelakon lain yang lebih cantik daripada baju yang disediakan untuknya.

Dia juga dituduh bersikap kurang sopan dan berlagak 'diva' terhadap kru produksi ketika di lokasi penggambaran.

Selain itu, ruangan pojok sebuah akhbar mingguan pada 27 Julai lalu turut melaporkan Chacha pernah menyalahkan orang lain kerana kecuaiannya menyebabkan telefon bimbit miliknya hilang.
"Saya kecewa bila gosip itu keluar sehari sebelum raya hingga merosakkan kegembiraan menyambut raya. Saya rapat dengan semua kru produksi drama dan tidak pernah meletakkan taraf berbeza dengan mereka.

"Berkenaan kejadian kehilangan telefon itu pun tidak pernah berlaku kerana saya masih pakai telefon saya yang lama, itu semua fitnah semata-mata," katanya.

Dalam pada itu, Chacha tidak menolak kemungkinan ada pihak yang tidak berpuas hati dan cuba mengambil kesempatan memburukkan namanya atas sebab-sebab tertentu.

Gambar Ayu Mila Jirin Berhijab Penuh




BULAN Ramadan lalu menyaksikan beberapa orang artis wanita memilih untuk tampil dengan imej berhijab penuh.
Terbaharu, Mila Jirin yang juga juara Akademi Fantasi 5 mengambil keberkatan bulan mulia itu untuk melakukan penghijrahan.
Hal tersebut turut dinyatakan di laman Instagram miliknya selepas ramai yang bertanyakan tentang penampilan baharunya itu.

Aksi Peluk Nelydia Senrose dan Qi Razali Dikecam




Sambutan Aidilfitri bersama orang tersayang pasti tidak akan dilepaskan oleh semua termasuklah para selebriti kita.

Antara pasangan yang dilihat menyambut Aidilfitri bersama ialah pasangan Nelydia Senrose dan Qi Razali.

Keterujaan menyambut Aidilfitri telah menyebabkan Nelydia memuat naik sekeping foto dia dan kekasihnya Qi di laman Instagram miliknya.

Bagaimanapun foto tersebut telah dikecam pengikut di laman Instagram yang rata-ratanya berpendapat pasangan ini tidak ada hak untuk bergambar mesra di pagi Syawal memandangkan mereka masih belum sah sebagai suami isteri.

Ada juga pihak serta peminat yang kurang berkenan dengan entri tersebut dan mendakwa melebihi batas pasangan kekasih.

Gambar yang masih ada di akaun Instagram milik Nelydia itu telah menarik para netizen memberikan hujah serta pandangan masing-masing dan tidak kurang juga yang memberikan kritikan pedas.

Astro Gempak bagaimanapun tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak mana pun, sebaliknya terpulanglah kepada mereka mahu menilai. Tepuk dada tanya selera! -AstroGempak

Nora Danish Mahu Anak Perempuan Kalau Berumahtangga

Ada juga dengar-dengar kononnya pada awal tahun ini Nora Danish bakal menamatkan zaman bujangnya apabila akan berkahwin tetapi semua itu telah dinafikan sendiri oleh Nora.
“Saya terkejut bila keluar kenyataan yang sebegitu. Saya tidak ada persiapan kahwin yang dilakukan dan tidak pernah letak tarikh apa-apa mengenai perkahwinan,” katanya dalam nada terkejut tetapi masih tersenyum.
Tambahannya lagi, sekiranya diberikan peluang untuk berumah tangga sekalipun, beliau hanya mahukan majlis yang sederhana sudah memadai baginya untuk mengadakan upacara akad nikah sahaja tanpa adanya persandingan.

Kedua-dua ibubapa Nora dan Nedim mereka cukup memahami dan ‘sporting’ kerana tidak pernah mereka bertanyakan mengenai hubungan mereka dan meletakkan bab-bab jodoh ini ditangan Tuhan.
“Tak payah buat besar-besar atau grand cukuplah dengan majlis yang sederhana dan upacara akad nikah sahaja. Kalau saya bersedia pun dari segi baju kahwin sahajalah. Tetapi masa buat masa sekarang memang tak sedia apa-apa. Perkahwinan bukanlah satu perkara yang boleh main-main kerana kita mestilah menerima perangai baik buruk kedua-dua pasangan supaya dapat hidup bahagia dengan dia.”
Nora Danish juga turut memberitahu hasrat hati sekiranya berkahwin dia mahukan seorang anak perempuan pula. Iyelah, beliau sudah ada seorang anak lelaki kan.

“Sekiranya saya berkahwin saya menginginkan seorang anak perempuan pula, ialah saya sudah ada anak lelaki, tiba masanya untuk saya dapat anak perempuan, tetapi itu semua bergantung pada rezeki,” tambahnya lagi.

Gambar Mesra Rizman Nordin Peluk Erra Fazira Cetus Kontroversi!




Wow! bagai pinang dibelah dua! pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah jejaka kacak ini? sekeping gambar mesra dikongsikan Erra Fazira bersama seorang jejaka, Rizman Nordin  di laman Instagram miliknya beberapa hari lepas mencetuskan kontroversi dikalangan peminat.

Gambar berkenaan disertakan dengan kapseyen sangat romantik dan membayangkan mereka seakan sedang dilamun cinta. Benarkah? Caption itu berbunyi berikut :

 "Alaaaa... @rizman_nordin awat comel sangat niii..u r still my fav dearest fren darlin...! ;)�� muahh!!"




Tunjauan cantikje melalui komen-komen peminat di Instagram, rata-rata ramai peminat tidak terkejut dengan gambar tersebut malah mereka memberitahu tidak kisah dengan siapapun Erra berkawan kerana erra ialah artis kesayangan Malaysia.

Awie Berang Dituduh Pukul Isteri


HUJUNG minggu lalu, sebuah akhbar melaporkan satu kejadian di mana seorang penyanyi rock terkenal Malaysia telah memukul isterinya di sebuah bank di Ampang akibat salah faham terjadi di antara mereka berdua yang khabarnya bermula di rumah.
Spekulasi mula timbul mengatakan yang penyanyi rock dimaksudkan dalam laporan itu adalah Awieyang merupakan vokalis kumpulan Wings. Namun, penyanyi itu pantas menganggap semua yang diperkatakan orang ramai tentang isu ini hanya fitnah.
“Saya tak mahu komen tentang perkara ini. Kalau betul saya penyanyi rock yang dikatakan telah pukul isteri, buktikan dahulu. Apabila ada bukti, baru saya akan jelaskan”
“Ini masalah rumah tangga saya dan saya tidak mahu cerita tentang perkara ini dan buat masa sekarang saya anggap perkara ini adalah fitnah,“ jelas Awie kepada mStar Online.
Awie turut mengatakan yang laporan akhbar itu tidak ada menyebut dirinya sebagai individu yang dimaksudkan dan mungkin ditujukan kepada penyanyi lain.
“Apa yang saya mahu katakan di sini, sebagai manusia kita semestinya tidak terlepas melakukan kesilapan,” tambah Awie lagi.-Rotikaya

Nora Danish Artis Paling Top Di Instagram



PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish meraih populariti luar biasa di laman sosial Instagram kerana menjadi artis paling ramai pengaruh apabila mempunyai pengikut tertinggi iaitu seramai 828,000 orang.

Pemantauan rambang mStar Online pada Isnin sehingga pukul 4 petang mencatatkan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza menduduki tempat kedua dengan memperoleh 622,000 pengikut.

Pelakon Lisa Surihani pula mempunyai 601,000 pengikut yang melayakkannya menduduki tempat ketiga.

Satu-satunya pelakon lelaki yang tersenarai antara lima teratas ialah pelawak Zizan Razak yang mempunyai pengikut seramai 589,000 orang.

Manakala tempat kelima diikuti oleh kekasih Zizan iaitu Emma Maembong dengan 588,000 pengikut.


Berdasarkan tiga artis yang tersenarai pilihan tertinggi, Nora banyak memuatkan gambar-gambar aktiviti hariannya termasuklah ketika penggambaran dan juga semasa melancong ke luar negara.

Dia juga tidak menyembunyikan hubungannya dengan Nedim Nazri iaitu anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz apabila turut memuat naik gambar mereka bersama.



Siti Nurhaliza pula banyak mengabadikan aktiviti harian dengan memuat naik rakaman video ketika membuat persembahan, rakaman di studio, aktiviti riadah dan juga ketika di dapur.

Malah Siti turut berkongsi cerita masakannya dengan peminat dan juga makanan yang dipilih ketika sarapan.

Secara purata Siti mendapat lebih 15,000 like dan setakat ini telah memuat naik sebanyak 2,388 status.

Secara purata, setiap gambar yang dimuat naik Nora itu mendapat jumlah like daripada 15,000 hingga 30,000 orang.

Jumlah status (posts) yang dikongsi Nora setakat ini ialah sebanyak 5,563.



Lisa Surihani pula menggunakan medium laman sosial itu dengan memuat naik pelbagai jenis gambar termasuklah pemandangan, aktiviti percutian bersama suami,   dan juga gambar bersama rakan-rakan artis.

Tidak ketinggalan gambar di set penggambaran untuk dikongsi dengan peminat.

Lisa turut mengunakan Instagram miliknya dengan memasukkan rakaman video aktiviti-aktiviti terpilih.

Lisa berjaya mendapat jumlah like teritinggi melebihi 55,000 menerusi rakaman videonya. Pelakon ini telah memuat naik staus sebanyak 2,718.

Bagaimanapun jika dibuat perbandingan menerusi laman Twitter pula, Lisa antara artis paling popular dengan meraih 2.1 juta pengikut, Siti Nurhaliza (1.4 juta) dan Nora Danish (1.2 juta).

Berikut ini 15 senarai artis paling ramai pengikut di Instagram.

1. Nora Danish – 828,000

2. Datuk Siti Nurhaliza – 622,000

3. Lisa Surihani – 601,000

4. Zizan Razak – 589,000

5. Emma Maembong – 588,000

6. Shila Amzah – 558,000

7. Scha Al-Yahya – 525,000

8. Fazura – 500,000

9. Elfira Loy – 493,094

10. Fasha Sandha – 438,000

11. Aaron Aziz – 419,000

12. Neelofa – 409,000

13. Nelydia Senrose – 403,000

14. Erra Fazira – 364,000




15. Nabila Huda – 357,000

Gambar Kilafairy Sekkksiiss Selamba Tayang Belakang


Pelakon Kilafairy selamba tayang bontot di majlis hari jadinya - Pelakon dan model seksi, Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan, 22, telah berkongsi beberapa keping gambar sambutan majlis hari ulangtahun kelahirannya di laman Instagram baru-baru ini.

Apa yang menarik tentang foto-foto yang dimuatnaik, Kilafairy kelihatan selamba menayangkan bahagian punggungnya yang besar sehingga menarik perhatian peminat di laman sosial.


Penulis memang tak boleh nafikan Kilafairy ialah antara selebriti wanita yang paling layak memegang watak-watak penggoda mengatasi Lana Nordin kerana dia mempunyai karakter sedemikian yang semulajadi.



Engku Emran Sudah Temui Pengganti Erra Fazira ?



Dalam kita berbicara mengenai kemungkinan Erra Fazira kembali kepangkuan Engku Emran, terkini Emran didakwa sudah mempunyai pengganti Erra. Semuanya disebabkan status terkini yang dimuat naik oleh Emran menerusi akaun Instagramnya yang menggambarkan dia sedang dilamun cinta. 

"Ive never uploaded my own pix (except for Cikgu Merang's) coz i feel sooo uncomfortable doing so... but this one is an exception... Coz its done by an EXCEPTIONAL Lady...Exceptional. Very exceptional," ujar Emran yang membawa seribu maksud. 



Malah dalam hal ini, ada juga komen di Instagramnya yang faham maksud Emran itu. Dakwa sumber, wanita tersebut memang cantik dan buat masa ini merea hanya menanti pengumuman rasmi daripada Emran sendiri. 

"Bismillah... Doa yg terbaik buat iamkumbre (Emran) and lil princess.... no matter what happen, life must go on," komen yang lain. 

Iyalah... bak kata orang, hidup harus diteruskan. Tak gitu? 






Fesyen rambut Sasha Saidin yang semakin pelik


Fesyen rambut Sasha Saidin yang semakin pelik - Penampilan pelakon dan model terkenal, Sasha Saidin yang juga merupakan kakak kepada suami Rozita Che Wan kini sudah berubah dan semakin berbeza.


Kalau sebelum ini rambut perang Zain Saidin pernah dikecam peminat sehingga menjadi punca Che Ta mengamuk di laman Instagram, kakaknya pula turut mengubah warna rambut menjadi perang terang.

Pada penulis, penampilan aktres berusia 38 tahun itu lebih cantik dan anggun jika kekal dengan imej berambut hitam. Ini kerana, dengan warna rambut perang sekarang, Sasha kelihatan sedikit berusia dan menakutkan.


Korang boleh perhatikan sendiri perbezaan gambar beliau ketika berambut hitam dan perang di bawah. Mungkin adalah lebih baik kalau Sasha kembali ke imej berambut hitam, pasti ramai jejaka kacak di luar sana akan terpesona dan terpikat.



Fara Fauzana Kini Bercinta Dengan Hairuddin Omar ?



PETALING JAYA:  Penyampai radio dan pengacara Fara Fauzana menepis gosip yang mengaitkan dia kononnya bercinta dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan iaitu Hairuddin Omar, 35, atau Hai-O.

Fara, 34, berkata, dia sendiri terkejut dengan gosip berkenaan kerana secara jujurnya dia tidak pernah mengenali pemain bola sepak tersebut secara peribadi.

"Saya hanya kenal dia sebagai pemain bola sepak kerana saya memang minat sukan itu dan gosip berkenaan sama sekali tidar benar," jelasnya kepada mStar Online.

Fara ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk Yakult di Sri Pentas di sini pada Rabu.

Selain Fara, penyanyi Atai turut dipilih untuk menjadi jurucakap produk berkenaan.

Dalam pada itu, Fara berkata, dia tidak berkecil hati apabila ada pihak cuba mengaitkannya dengan pemain pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu kerana ia adalah lumrah kehidupan bagi seseorang selebriti.


Bagaimanapun Fara mengakui dia agak sedih apabila ada pihak yang menyebarkan cerita kononnya dia mengambil keputusan untuk berselendang disebabkan bintang sukan itu.

"Saya mula memakai selendang bukan kerana sesiapa tetapi atas kehendak diri sendiri.

"Gosip mengatakan saya berbuat demikian kerana orang lain yang saya sendiri tidak kenal memang membuatkan saya sedih," jelasnya.

Sementara itu, Fara berkata, dia tidak terlalu terganggu apabila peminat mengkritik keputusannya mengenakan tudung dengan cara berselendang terlebih dahulu.

Fara berkata, dia tidak terlalu memikirkan apa yang dikatakan oleh orang lain mengenai hal itu  kerana dia lebih mengetahui niat sebenar untuk berbuat demikian.

"Saya seorang yang ‘hati kering’ dan tidak begitu peduli apa juga kritikan yang dilemparkan kepada saya.

"Paling penting saya tahu niat sebenar saya dan berharap semua pihak dapat mendoakan perkara yang baik-baik tentang saya," pintanya.

Bagaimanapun kata Fara, itu bukan bererti dia seorang yang degil atau tidak boleh menerima kritikan sebaliknya dia turut mengambil kira semua pandangan untuk kebaikan dirinya.

"Saya selalunya akan baca apa juga pandangan sama ada positif atau pun negatif tentang saya di internet dan cuba memperbaiki diri untuk kebaikan," ujarnya.


Hefny Mengaku Bercinta Dengan Nad Zainal


Jika sebelum ini, pengacara Hefny Sahad menafikan dirinya menjadi punca kepada perpisahan pasangan pelakon Nad Zainal dan Azwan Kombos, tup-tup akhirnya dia mengaku kini sedang bercinta dengan aktres kecil molek itu.
Hefny membuat pengakuan tersebut menerusi program hiburan baharu, h!live namun tetap menafikan dia menjadi punca terputusnya hubungan cinta Nad sebelum ini.
“Ya, kami sangat rapat dan bukan sekadar kawan biasa. Saya berada di dalam situasi yagn mereka baru saja memutuskan hubungan. Secara langsung mereka meletakkan saya sebagai punca kepada keretakan di antara mereka berdua.
“Perkara ini sudah pun dijelaskan oleh Nad dan saya bukan puncanya. Nad sendiri sudah memberitahu yang dia sudah single dan hanya selepas itu, barulah kami menjadi lebih rapat,” katanya lagi.
Walaupun baharu sahaja bercinta, namun Hefny tidak menafikan mereka sudah berbicara mengenai perkahwinan namun tidak secara mendalam.
Hefny dan Nad dikatakan mulai rapat ketika bersama-sama terlibat dalam telefilem Mengintai Syurga Mama.

Iqram Pernah Terfikir Berhenti Berlakon Kerana Isu ‘Gay’


BIARPUN pelakon Iqram Dinzly sudah menjelaskan bahawa isu mesej ‘Whatsapp’ berbaur hubungan songsang antara dia dan seorang teman hanyalah gurauan, ia masih belum mampu menutup mulut orang ramai daripada terus berkata-kata
Gurauan itu juga merupakan cabaran daripada penyanyi dan model, Soo Wincci.
Dek kerana itu, Iqram menerusi Murai berkata, dia pernah terfikir untuk berhenti berlakon kerana tertekan dengan kontroversi seperti itu.
Bagaimanapun, selepas mempertimbangkannya, dia berasa adalah tidak wajar untuk dirinya berbuat demikian dan akan terus berlakon selagi ada sokongan daripada peminat.
“Bagi saya lantaklah apa orang nak cakap, lama-lama isu ini akan senyap juga dan apa yang saya boleh katakan saya masih lelaki yang sejati,” ujarnya.
Tak apalah Iqram. Nanti bila sudah penat, tahulah mereka berhenti mengata.
Semoga apa yang berlaku ini dijadikan pengajaran oleh golongan selebriti agar tidak melakukan gurauan yang boleh mengundang masalah di kemudian hari.

Zizan Kalah, Kenapa Salahkan Saya? - Emma Maembong


INI bukan berita pertama yang mendakwa sutradara tersohor Badaruddin Haji Azmi atau lebih dikenali sebagai Bade telah berkahwin dua.
Bagaimanapun, setiap kali berita seumpama itu tersebar, suami kepada pengarah Erma Fatima itu dengan tegas akan menafikannya. Ia dianggap sebagai satu berita yang mengarut.
Namun, lain halnya dengan berita tentang perkahwinan keduanya kali ini.
Sebaik khalayak mendapat berita bahawa Bade kononnya telah berkahwin dengan seorang wanita pada 27 Mei lalu, sekali gus berpoligami dengan Erma, pihak media memburu Bade.
Benar, begitu kata Bade yang tidak menafikan fakta dia telah berkahwin dua.
Bade mengakui bahawa dia telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita yang baru dikenalinya dan merupakan orang yang terlibat dalam pembikinan produksi filemnya.
Wanita yang dikenali sebagai Aida Abdul, berusia awal 30-an telah dinikahi Bade di sebuah hotel di Cherating, Pahang pada 27 Mei lalu.
Bagaimanapun kata Bade, isteri pertamanya, Erma masih belum berpeluang untuk menemui isteri keduanya itu berikutan kesibukan Erma yang kini berada di Sepanyol untuk menjalani sebuah penggambaran.
Kosmo! yang menghubungi Bade telah meminta pengarah terkenal itu mengulas dengan lebih lanjut mengenai perkahwinan kali keduanya itu.
Kosmo!: Adakah benar Bade telah berkahwin buat kali kedua?
BADE: Ya, saya mengakui bahawa telah berkahwin buat kali kedua pada April lalu dan saya sangat bersyukur segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah saya dan dia (Aida Abdul) selamat diijabkabulkan dua bulan lalu dan majlis resepsi diadakan pada 27 Mei lalu di Cherating.
Adakah isteri pertama anda iaitu Erma Fatima mengetahui mengenai perkahwinan kalian dan membenarkan anda berpoligami?
Sebelum ini dia tidak ada masalah dan dia sendiri memberi kebenaran untuk saya berkahwin buat kali kedua. Namun demikian, Erma dan isteri kedua saya masih belum berkesempatan untuk berjumpa.
Adakah anda dan Aida telah lama berkenalan?
Kami baru sahaja mengenali antara satu sama lain dalam tempoh yang sangat singkat. Saya enggan mengulas lebih lanjut mengenai tempoh berkenaan, namun saya rasa ia merupakan soal jodoh. Mungkin sudah tertulis dia sememangnya jodoh saya. Ingin saya tekankan di sini saya baru sahaja mengenalinya dan tidak ada perkataan curang dengan Erma.
Mengapakah anda mengambil keputusan untuk menyembunyikan perkahwinan anda?
Saya tidak mahu kecoh dalam hal ini. Kalau ada orang tanya, saya akan menjawab dan saya akan mengakui bahawa saya telah berkahwin lagi. Saya tidak ada sebarang perkara yang hendak disembunyikan.
Adakah hubungan anda dan Erma dalam keadaan baik?
Ya, Alhamdulillah setakat ini hubungan kami baik sahaja. Saya juga perlu memikirkan hal anak-anak supaya mereka membesar dengan sempurna dan cuba untuk membuat mereka untuk menerima kenyataan keluarga kami sudah menjadi besar.
Siapakah rakan artis terdekat yang menghadiri majlis perkahwinan anda?
Hanya rakan baik dan saudara terdekat sahaja yang menghadiri majlis tersebut. Antara rakan artis yang hadir ialah pelakon Datuk Rosyam Nor.
Bolehkah anda ceritakan sedikit mengenai perkembangan terbaharu anda?



Saya kini sedang berada di Miri, Sarawak untuk menyiapkan sebuah penggambaran dokumentari untuk sebuah syarikat korporat dan ia dijangka akan diterbitkan menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.

Video Daphne Iking Pakai Shortpants Ketika Menari


Wowww!! Wowww!! Demam Harlem Shake makin melarat sehinggakan ia turut menjangkiti keluarga personaliti TV terkenal, Daphne Iking. Video berdurasi 30 saat ini turut menyaksikan suami, anak-anak dan pembantu rumah Daphne Iking ber’Harlem Shake’.



Nampaknya ‘Gangnam Style’ sudah ketinggalan zaman. Anda bila lagi mahu ber’Harlem Shake’?

Gambar Bukti Ana Dahlia Sudah Bertunang


KUALA LUMPUR: Hasrat pelakon Ana Dahlia untuk menyembunyikan status hubungannya dengan seorang pemuda tidak berjaya, apabila dia 'terperangkap' dengan jerat sendiri selepas pengacara malam Hari Ibu anjuran Rafflesia, di Hotel Royal di sini pada malam Rabu lalu mengumumkan, pasangan tersebut bakal berkahwin tidak lama lagi.
Malah pengacara tersebut turut memperkenalkan pemuda yang dikenali sebagai Ubaidullah itu sebagai tunang kepada Ana Dahlia atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 31.

Peristiwa itu meleraikan segala tanda tanya dan penafian Ana selama ini yang mendakwa hubungannya dengan pemuda berkenaan sekadar kawan biasa walaupun gambar-gambar kemesraan percutian mereka bersama teman ke Thailand beberapa bulan lalu hangat diperkatakan.

Bagaimanapun, Ana ketika ditemui pemberita sebelum acara Hari Ibu itu bermula menafikan khabar angin tersebut dan berjanji akan memaklumkan kepada pihak media sekiranya dia benar-benar bakal berkahwin.

"Saya tidak menafikan perancangan untuk berkahwin itu memang ada tetapi gosip sebelum ini mengatakan saya bakal bertunang dan berkahwin pada bulan Mei sama sekali tidak benar. Malah saya sendiri tidak tahu bagaimana cerita itu timbul.

"Buat masa ini tiada pengumuman yang ingin saya buat berhubung perkara itu namun sekiranya ada, saya akan beritahu kepada semua pihak. Kita hanya merancang tetapi jodoh itu ketentuan Tuhan," katanya kepada mStar Online sebelum pengacara mengumumkan statusnya itu.

Bukan sahaja pengumuman berkenaan malah status Ana Dahlia yang merupakan tunangan orang turut dicatatkan dalam kenyataan media yang diedarkan kepada wartawan.

Walaupun menafikan sudah bertunang atau bakal berkahwin, Ana Dahlia hanya mengaku keluarga Ubaidullah sudah datang berjumpa keluarganya di Taiping, Perak baru-baru ini untuk merisik tanpa menetapkan sebarang tarikh pertunangan atau perkahwinan.

Dalam perkembangan berkaitan Ana memberitahu dia telah lama mengenali Ubaidullah yang tinggal sekampung dengannya namun hubungan mereka rapat sejak setahun yang lalu.

Jelas Ana, dia selesa bersama pemuda itu dan menyifatkan Ubaidullah seorang yang mengambil berat dan berfikiran matang selain mampu membimbingnya daripada sudut agama Islam.


"Meskipun jarak umur kami berbeza tujuh tahun tetapi dia seorang yang matang dan amat menitikberatkan tentang hal agama dan itu membuatkan saya selesa dan tertarik dengannya," ujar Ana.

Ana Dahlia yang merupakan pesreta Pilih Kasih musim pertama dan pernah berkahwin dengan Chef Riz pada 11 Disember 2011.

Bagaimanapun perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila kedua-duanya disahkan bercerai pada November 2012 hanya selepas 11 bulan berkahwin.




mStar Online turut menghubungi Ana Dahlia pada Khamis malam untuk mengesahkan statusnya itu tetapi panggilan telefon dan kiriman mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang dihantar tidak dijawab.

Gambar Erra Fazira Selamba Beraksi Santai Di Tepi Pantai


Apabila Erra Fazira selamba beraksi santai di tepi pantai - Mengambil tempat Awana Kijal Resort, Kerteh Terengganu, pelakon jelita Erra Fazira memilih tempat tersebut untuk beriadah dan bersantai seorang diri bagi melepaskan tekanan dan penat lelah ketika bekerja.

Tempat ini memang sangat menarik kerana mempunyai pantai yang cantik dan indah, tiupan angin yang mendamaikan jiwa dan dapat melihat secara dekat ketika matahari terbenam di sebelah barat sewaktu senja mendatang.


Erra Fazira yang hanya memakai gaun simple kelihatan begitu feeling dan seolah-olah termenung teringatkan kenangan silam yang amat nostalgia. Ramai pengikutnya di Instagram memberi semangat kepada aktres berusia 40 tahun itu agar terus tabah mengharungi liku-liku hidup yang mencabar.