Select Menu

Hiburan

Isu Semasa

Isu Panas

Hiburan

Sejarah

Pelancongan

Informasi

Pelbagai

» » Zizan Kalah, Kenapa Salahkan Saya? - Emma Maembong


INI bukan berita pertama yang mendakwa sutradara tersohor Badaruddin Haji Azmi atau lebih dikenali sebagai Bade telah berkahwin dua.
Bagaimanapun, setiap kali berita seumpama itu tersebar, suami kepada pengarah Erma Fatima itu dengan tegas akan menafikannya. Ia dianggap sebagai satu berita yang mengarut.
Namun, lain halnya dengan berita tentang perkahwinan keduanya kali ini.
Sebaik khalayak mendapat berita bahawa Bade kononnya telah berkahwin dengan seorang wanita pada 27 Mei lalu, sekali gus berpoligami dengan Erma, pihak media memburu Bade.
Benar, begitu kata Bade yang tidak menafikan fakta dia telah berkahwin dua.
Bade mengakui bahawa dia telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita yang baru dikenalinya dan merupakan orang yang terlibat dalam pembikinan produksi filemnya.
Wanita yang dikenali sebagai Aida Abdul, berusia awal 30-an telah dinikahi Bade di sebuah hotel di Cherating, Pahang pada 27 Mei lalu.
Bagaimanapun kata Bade, isteri pertamanya, Erma masih belum berpeluang untuk menemui isteri keduanya itu berikutan kesibukan Erma yang kini berada di Sepanyol untuk menjalani sebuah penggambaran.
Kosmo! yang menghubungi Bade telah meminta pengarah terkenal itu mengulas dengan lebih lanjut mengenai perkahwinan kali keduanya itu.
Kosmo!: Adakah benar Bade telah berkahwin buat kali kedua?
BADE: Ya, saya mengakui bahawa telah berkahwin buat kali kedua pada April lalu dan saya sangat bersyukur segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah saya dan dia (Aida Abdul) selamat diijabkabulkan dua bulan lalu dan majlis resepsi diadakan pada 27 Mei lalu di Cherating.
Adakah isteri pertama anda iaitu Erma Fatima mengetahui mengenai perkahwinan kalian dan membenarkan anda berpoligami?
Sebelum ini dia tidak ada masalah dan dia sendiri memberi kebenaran untuk saya berkahwin buat kali kedua. Namun demikian, Erma dan isteri kedua saya masih belum berkesempatan untuk berjumpa.
Adakah anda dan Aida telah lama berkenalan?
Kami baru sahaja mengenali antara satu sama lain dalam tempoh yang sangat singkat. Saya enggan mengulas lebih lanjut mengenai tempoh berkenaan, namun saya rasa ia merupakan soal jodoh. Mungkin sudah tertulis dia sememangnya jodoh saya. Ingin saya tekankan di sini saya baru sahaja mengenalinya dan tidak ada perkataan curang dengan Erma.
Mengapakah anda mengambil keputusan untuk menyembunyikan perkahwinan anda?
Saya tidak mahu kecoh dalam hal ini. Kalau ada orang tanya, saya akan menjawab dan saya akan mengakui bahawa saya telah berkahwin lagi. Saya tidak ada sebarang perkara yang hendak disembunyikan.
Adakah hubungan anda dan Erma dalam keadaan baik?
Ya, Alhamdulillah setakat ini hubungan kami baik sahaja. Saya juga perlu memikirkan hal anak-anak supaya mereka membesar dengan sempurna dan cuba untuk membuat mereka untuk menerima kenyataan keluarga kami sudah menjadi besar.
Siapakah rakan artis terdekat yang menghadiri majlis perkahwinan anda?
Hanya rakan baik dan saudara terdekat sahaja yang menghadiri majlis tersebut. Antara rakan artis yang hadir ialah pelakon Datuk Rosyam Nor.
Bolehkah anda ceritakan sedikit mengenai perkembangan terbaharu anda?



Saya kini sedang berada di Miri, Sarawak untuk menyiapkan sebuah penggambaran dokumentari untuk sebuah syarikat korporat dan ia dijangka akan diterbitkan menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.

About Unknown

PERINGATAN: Ohbah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply