TUMPAT – Selepas mangsa tong gas meletup, Mohd. Eddie Hariry Mohd. Nor, 33, meninggal dunia Sabtu lalu, anak perempuannya berusia 10 tahun yang turut kritikal dalam kejadian di Wakaf Bharu di sini 21 Mei lalu itu pula menyusulinya petang kelmarin.
Nor Syafiqa, 10, yang melecur 95 peratus di seluruh badan menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarganya pada pukul 6.45 petang selepas 12 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Ibunya, Norizan Abdullah, 35, berkata, jika Sabtu lalu tuhan mengujinya dengan pemergian suami, dia kini diuji sekali lagi apabila Nor Syafiqa pula mengikut jejak langkah bapanya itu selang sehari kemudian.
Kosmo
No comments: