Select Menu

Hiburan

Isu Semasa

Isu Panas

Hiburan

Sejarah

Pelancongan

Informasi

Pelbagai

» » Pengantin Baharu Dirogol 3 Lelaki Di Kinabatangan


Kinabatangan: Polis menahan tiga lelaki warga Indonesia kelmarin dipercayai ada kaitan dengan kes merogol bergilir-gilir seorang wanita berusia 18 tahun yang baharu dua bulan berkahwin. 


Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat, berkata polis menerima aduan daripada mangsa beberapa hari selepas kejadian didakwa berlaku pada jam 6 petang 14 Mei lalu di Ladang Leepang 5. 

Mangsa dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk pemeriksaan lanjut manakala kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. 


Mangsa dikatakan dirogol ketika pergi ke tepi sungai berhampiran rumahnya di situ untuk membuang air besar berikutan tandas di kediamannya rosak. 

Diekori 3 suspek 

Dalam perjalanan, mangsa diekori tiga suspek yang kemudian menariknya ke dalam ladang kelapa sawit sebelum merogol mangsa secara bergilir-gilir. 

Mangsa kemudian menceritakan perkara berkenaan kepada suaminya beberapa hari selepas kejadian sebelum dibawa membuat laporan polis. 
Di Sandakan, seorang pelajar Tingkatan Satu mengadu dirogol kekasih yang baharu dikenali dua minggu menerusi Facebook ketika berjumpa di tangga sebuah bangunan di Jalan Singapura di sini, kira-kira jam 3.30 petang kelmarin. 

Dalam kejadian berkenaan, mangsa dikatakan bertemu remaja berusia 18 tahun itu selepas sesi persekolahan sebelum suspek menawarkan diri untuk menghantarnya pulang ke rumah. 

Bagaimanapun ketika melalui sebuah bangunan, mangsa mendakwa diajak oleh suspek untuk ke bahagian atas bangunan terbabit dan ketika berbual, suspek dipercayai memujuk mangsa untuk melakukan hubungan seks. 




Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Fadzil Mohd Ali mengesahkan ada menerima aduan.

About Unknown

PERINGATAN: Ohbah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply