Select Menu

Hiburan

Isu Semasa

Isu Panas

Hiburan

Sejarah

Pelancongan

Informasi

Pelbagai

» » Anggota Komando ATM Gaduh Sesama Sendiri, Tembak Rakan Guna M-16


LAHAD DATU: Seorang anggota tentera maut manakala tiga parah selepas seorang anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melepaskan beberapa das tembakan di bandar ini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 4.45 pagi itu, tiga yang parah adalah seorang anggota komando ATM dan dua orang awam.
Dua orang awam yang cedera di kaki dan bahu adalah pekerja pusat hiburan.
Semua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, ketika kejadian tiga anggota tentera ini dipercayai bertengkar lalu cuba dileraikan oleh dua individu berkenaan.

Bagaimanapun, seorang daripada anggota tentera berkenaan tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan dipercayai menggunakan senjata jenis M-16.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Omar Mammah ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan semua mangsa masih menerima rawatan di hospital.-HM

About Unknown

PERINGATAN: Ohbah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply