Select Menu

Hiburan

Isu Semasa

Isu Panas

Hiburan

Sejarah

Pelancongan

Informasi

Pelbagai

» » Tips Gayakan Seluar Pendek Buat Lelaki




Memakai seluar pendek sememangnya menjadi kegemaran golongan lelaki kerana ia mudah, ringkas, dan boleh digayakan dengan pelbagai jenis baju.

Dengan cuaca panas di negara, gaya yang dahulunya di pandang sinis kini mula diterima semula. Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tips untuk menggayakan seluar pendek agar anda tampil menarik dan bergaya.

Konsep 'high street'
Seluar pendek sebenarnya cukup sesuai digayakan untuk stail ala jalanan. Kepuasan gaya dengan potongan pelbagai kini menjadi pilihan apabila ia dipadankan dengan karakter yang lebih klasik. Pilihan daripada fabrik dan material berbeza membuatkan sesiapa sahaja akan selesa menggayakannya.

Warna berani
Lelaki kini lebih berani dengan percaturan warna-warna terang seperti kuning, merah dan jingga untuk seluar khaki potongan chinos atau seluar pendek atas lutut. Generasi kini juga selesa memadankannya dengan kasut tanpa stoking buat mentaliti cita rasa tinggi.

Corak
Corak pada seluar pendek juga memainkan peranan penting untuk digunakan sepanjang hari. Lelaki tidak sesuai menggunakan seluar yang sarat dengan corak, melainkan ia daripada jenis seluar bermuda. Namun ada juga seluar bercorak abstrak memikat buat sang teruna seperti stail aztec, printed, tailored, belang mahupun vintage short.

Potongan memikat
Seluar pendek ini mendapat perhatian kerana potongannya yang dilihat ringkas dan chic. Potongan daripada jenis dressier, slim cut dan slack dipotong sekitar lutut untuk kelihatan formal. Kini ada yang lebih bijak dengan membuat satuan bersama legging sehingga ia menjadi trend.

Saiz tubuh
Pastikan pemilihan seluar pendek mengikut saiz tubuh anda. Jika tubuh anda sedikit gempal, elakkan penggunaan seluar pendek dari rona terang kerana ia akan menampakkan anda lebih besar daripada saiz asal. Selain itu buat mereka bertubuh kekar, sarungkan sahaja tubuhmu biar tampak seksi dipandang gadis.

Diharap dengan tips ini dapat membantu anda agar lebih bergaya walaupun menggayakan seluar pendek ketika keluar. Selamat mencuba!

About Unknown

PERINGATAN: Ohbah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply