Select Menu

Hiburan

Isu Semasa

Isu Panas

Hiburan

Sejarah

Pelancongan

Informasi

Pelbagai

» » Bayi Baru Lahir Dibuang Ditemui Merengek Dihurung Semut


Melaka: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaan bogel dan dihurungi semut di belakang rumah penduduk di Taman Terendak Permai, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, pemilik rumah berkenaan, Romil Ahmad, 26, terdengar rengekan bayi ketika ke dapur rumah sebelum membuka pintu untuk melakukan pemeriksaan sebelum menemui bayi malang itu. 
Ketika ditemui, bayi malang yang mempunyai kesan darah kering di badan itu diletakkan di tepi penutup tangki najis dan tiada sebarang nota ditinggalkan bersama. 

Pemilik rumah terus menghubungi polis dan hospital sebelum membawa bayi itu masuk ke rumah dan membersihkannya sementara menunggu kehadiran pihak berkuasa.


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman mengesahkan penemuan bayi berkenaan dan berkata, siasatan lanjut sedang dilakukan.

About Unknown

PERINGATAN: Ohbah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply