Select Menu

Hiburan

Isu Semasa

Isu Panas

Hiburan

Sejarah

Pelancongan

Informasi

Pelbagai

» » `Banduan Wanita Paling Cantik’ Cairkan Hati Lelaki

Florida – `Banduan cantik’ . Itu gelaran yang diberikan oleh satu laman web hingga menjadikan wanita ini terkenal di seluruh dunia.
Sejak muncul dalam laman Instantcheckmate.com,Meagan Simmons, 28, menjadi popular dan dihujani dengan pelbagai lamaran daripada lelaki.
Malah twitter dan akaun Facebooknya juga menjadi tumpuan.


Malangnya, gambar yang digunakan oleh laman web itu tidak mendapat kebenarannya dan dia kini bertindak menyaman Instantcheckmate.com serta mengemukakan injunksi bagi menghalang gambar tersebut terus digunakan.
Instantcheckmate.com adalah laman web yang menawarkan imej pesalah dan orang ramai bagi tujuan mendapat keuntungan.
Gambar Simmons, seorang ibu tunggal dan mempunyai empat anak itu, dimuat naik selepas dia ditangkap di Florida dengan kapsyen,
“BERSALAH – tarik nafas,’ Ditangkap kerana menawan hati anda. Apa yang boleh saya lakukan untuk berada di penjara bersamanya’.
Meskipun gambar itu digunakan laman web berkenaan, Simmons yang juga seorang pembantu perubatan itu kecewa kerana tidak mendapat sebarang bayaran malah gambar itu juga digunakan tanpa kebenarannya.

About Unknown

PERINGATAN: Ohbah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply