Select Menu

Hiburan

Isu Semasa

Isu Panas

Hiburan

Sejarah

Pelancongan

Informasi

Pelbagai

Isteri Sering Dirasuk Jin Diceraikan Suaminya


DUBAI: Seorang lelaki telah menceraikan isterinya yang baru sahaja kahwin selama empat hari. Menurut lelaki itu, tindakan itu diambil berikutan isterinya seringa dirasuk jin.

Lelaki tersebut juga telah enggan melakukan sebarang hubungan seks dengan isterinya kerana jin melarang tidur bersama-sama isterinya.

Sebelum dakwaan itu dibuat, mahkamah telah memutuskan bahawa lelaki tersebut perlu membayar ganti rugi diatas penceraian itu. Jumlah ganti rugi yang dikenakan adalah sebanyak Dh30,000, sewa rumah sebanyak Dr6,000 sebulan dan juga nafkah berjumlah Dh2,000 kepada isterinya.

Bagaimanapun akhirnya mahkamah rayuan telah membernahkan lelaki itu menceraikan isterinya tanpa membayar sebarang pampasan berikutan alasan isterinya dirasuki jin.

Lelaki tersebut turut memberitahu mahkamah, pelbagai cara sudah diusahakan untuk menghalau jin tersebut termasuklah memanggil bomoh.

Menurut lelaki itu juga ketika memberitahu mahkamah, dia sudahpun mencuba pelbagai cara termasuk bomoh bagi menghalau jin tersebut tetapi tidak berjaya.

Namun lain pula cerita dari isterinya yang sebelum itu memberitahu mahkamah bahawa lelaki itu menidurinya kerana mahukan wang semata-mata

Lelaki Tua Sembuh Dari Kanser Setelah Didatangi Hantu


Sejak penampakan hantu dalam foto yang diambil cucunya di bilik hospital, keadaan kesihatan Bob Large yang dinyatakan menderita kanser pundi kencing dan kegagalan buah pinggang semakin bertambah baik sejak keluar dari hospital.

Semasa Bob membuat pemeriksaan di hospital di Chester, Cheshire, United Kingdom, doktor berkata, lelaki berusia 76 tahun itu hanya mempunyai beberapa hari lagi untuk hidup. Sehingga Chriss Leadbetter memutuskan untuk mengambil foto datuknya menggunakan kamera telefon bimbit.

Dipetik dari Mirror, Selasa 4 November 2014, Chris mengaku hasil foto yang dianggap akan menjadi gambar terakhir datuknya itu mengejutkan semua orang kerana memperlihatkan sosok wanita, yang kemudian dianggap oleh Bob sebagai malaikat penolong mereka.

Terkejut melihat foto di telefon bimbit beliau, Chris memperlihatkan kepada kakitangan  hosptal yang menganggapnya perkara biasa. 

"Oh, perempuan itu. Ramai pesakit pernah melihat dia dekat katil mereka," kata Chris mengulang jawapan yang diperolehinya.

Chris yang berusia 20 tahun menunjukkan foto itu pada ahli keluarga lain, yang juga merasa takut. "Beberapa orang menganggap itu seperti satu bayang, tapi tidak ada sesuatu baik cermin, kaca atau apa-apa yang boleh memantulkan bayangan," katanya.

Seorang kakitangan hospital yang dibina sejak 1829, berfungsi sebagai rumah sakit jiwa itu, berkata ada beberapa penampakan lagi selain hantu perempuan seperti yang ada pada gambar Chris.

"Datukku masih hidup hingga saat ini, walau doktor mengatakan ketika itu hidupnya tinggal beberapa hari," ucap Chris, menambah bahawa keadaan kesihatan datuknya kelihatan semakin bertambah baik selepas keluar dari hospital.


Sumber: Viva news

Hantu Ju-On 'IN REAL LIFE' Berjaya Dirakam Dalam Gambar?



Apa perasaan anda apabila selepas meneliti gambar yang baru diambil tiba-tiba ada kelibat manusia lain yang tak dikenali dalam gambar tersebut? Tentu terkejut dan seram kan.
Begitulah dialami seseorang yang berkongsikan gambar anak saudaranya di Facebook Oh! Media.

Menurut pengirim, gambar yang diambil jam 11 malam itu amat mengejutkan apabila didapati turut merakam gambar seorang kanak-kanak yang tidak dikenali sedang duduk di kerusi belakang.


Jika dilihat pada gambar, ternyata imej kanak-kanak misteri tersebut kelihatan jelas dengan wajahnya yang pucat.
Macam Ju-Onn pun ada kan? Memang seram

Misteri Wajah 'Lembaga Asing' Enterframe’ Waktu Photoshoot Pengantin


Kehadiran entiti ini disedari sendiri oleh pengantin tersebut selepas meneliti gambar yang diambil di telefon pintar.
Entiti misteri tersebut menjadi persoalan memandangkan gambar diambil oleh jurugambar dan pembantunya manakala mereka hanya berempat di lokasi yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan ketika kejadian.
Difahamkan, gambar diambil sekitar maghrib yang sering dikaitkan dengan waktu makhluk halus berkeliaran. Dapat dilihat dengan jelas, makhluk itu kelihatan sedang mengintai penuh minat apa yang dilakukan oleh manusia.


SERAM - 'Lembaga Misteri' Dalam Gambar Kemalangan




Baru-baru ini, berlaku satu kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) membabitkan kereta jenis Toyota Hilux dengan sebuah lori tangki. Kemalangan tersebut telah mengorbankan seorang peronda lebuhraya yang sedang bertugas. 

Untuk info, kenderaan peronda tersebut yang menghala ke Kuala Terengganu telah berhenti di lorong kecemasan, di mana secara tiba-tiba sebuah lori tangki minyak sawit yang hilang kawalan merempuh kereta peronda hingga mengakibatkan seorang anggota Razali Ishak, 44, maut tersepit. 


 

Komen Pengguna Laman Sosial



Hantu Tentera Jepun Berjaya Dirakam Di Sabah



Bekas tentera Perang Dunia Ke 2,Major bersara John Tulloch terkejut apabila imej yang dirakamkan beliau pada tahun 2010 di Borneo memberi penampakan yang menyeramkan. 


Imej putih yang muncul dalam kamera seakan-akan membentuk rangka manusia yang berbaris.

Insiden ini berlaku semasa Major John Tulloch melawat kembali laluan yang terkenal dengan tragedi Sandakan Death March. 



Tragedi Sandakan Death March berlaku pada tahun 1945 apabila tentera Jepun memaksa 2,400 orang tentera Bersekutu yang kebanyakan tentera Australia dan 3,600 orang buruh paksa Indonesia. 


Daripada 6,000 berkawat daripada Sandakan ke Ranau, hanya 6 orang sahaja yang selamat, itupun disebabkan oleh hasil ikhtiar mereka untuk melepaskan diri.

Keganasan dan kebrutalan Jepun semasa Perang Dunia Kedua sangat diketahui. Insiden serupa turut sama berlaku di Filipina. 

Insiden yang dikenali Bataan Death Marchmenyebabkan 650 orang tentera Amerika Syarikat dan 10,000 warga Filipina kehilangan nyawa sebelum mereka sempat menjejakkan kaki ke Camp O’Donnell.

Mengulas mengenai imej yang dirakamkan beliau ini, Major John Tulloch merakamkannya daripada dalam kereta jenis 4WD. Pada asalnya, beliau menganggap ia adalah hasil refleksi daripada tuala yang diletakkan di atas dashboard. – Dailymail