Select Menu

Hiburan

Isu Semasa

Isu Panas

Hiburan

Sejarah

Pelancongan

Informasi

Pelbagai

GEMPAR - Kepala Manusia Ditemui Dalam Beg Plastik Hitam



BUKIT MERTAJAM: Kepala seorang lelaki ditemui dalam satu bungkusan plastik hitam di hadapan sebuah kedai makan di Taman Impian Ria disini, kira-kira pukul 4.30 petang Isnin. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata kepala itu ditemui oleh pemilik kedai makan di Lorong Impian Ria 5 sebelum memaklumkan kepada polis.  

Katanya hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) diperolehi dari premis berkenaan pihaknya mendapati bungkusan itu ditinggalkan oleh dua lelaki yang menunggang motosikal kira-kira pukul 9.30 malam semalam (Ahad).  

"Berdasarkan rakaman itu, seorang dari dua lelaki itu turun dari motosikal dan meninggalkan bungkusan plastik berkenaan berhampiran kedai sebelum beredar. 

"Polis akan terus meneliti rakaman diperolehi selain mendapatkan lebih banyak rakaman CCTV dipasang di premis berhampiran.  

"Setakat ini pihaknya belum dapat mengenal pasti identiti mangsa," katanya kepada pemberita di tempat kejadian, Isnin malam.  

Mazlan berkata polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain dan telinga kiri dan kanannya dipotong sebelum kepala itu dibuang di situ.  

Katanya berdasarkan kesan darah yang masih baru pihaknya percaya mayat lelaki itu dibunuh dalam tempoh 24 jam.  

"Kes itu disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, polis minta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan," katanya. 

Beliau berkata Unit Anjing Pengesan K-9 turut dipanggil bagi melakukan pemeriksaan bagi mengesan badan mangsa jika ia turut dibuang sekitar lokasi kejadian.  

Kepala itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat, katanya. 

Sementara itu, pemilik restoran yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 40,berkata beliau sedang menyapu sampah bila ternampak bungkusan mencurigakan yang pada mulanya disangkakan mengandungi bom.   

Katanya dalam keadaan cemas beliau meminta rakannya membuka plastik berkenaan perlahan-lahan, dan mendapati kepala manusia yang masih berdarah. 

Warga Emas Disamun Empat Perompak Jahanam


Seremban: Seorang lelaki warga emas kerugian wang tunai RM56,900 selepas disamun empat perompak bersenjatakan parang tengah hari ini berhampiran sebuah bank di Jalan Rasah, di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa berusia 60-an turut dilarikan dalam sebuah kereta dari lokasi kejadian sebelum ditinggalkan di tepi jalan Ulu Kanchong, Rantau, dekat sini.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, seorang daripada suspek menunggu di dalam kereta berkenaan manakala tiga rakannya menyamun mangsa.
Menurutnya, mangsa turut mengalami kecederaan di muka dan menerima empat jahitan akibat terkena libasan parang dan mendapatkan rawatan sebuah klinik di Pedas, Rembau.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera semasa melakukan samun. Orang ramai diminta segera menyalurkan maklumat jika mengetahui kejadian dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-7682222 atau balai polis berhampiran.

Sementara itu, satu rakaman video berdurasi 32 saat dikatakan mempunyai kaitan kes berkenaan dimuat naik seorang saksi di Facebook dan menjadi viral apabila dikongsi oleh pengunjung.

Setakat jam 11 malam ini video itu ditonton oleh 66,074 orang dan dikongsi 3,517 pengunjung.

Hmetro

Gambar Bas City Liner Terjunam Masuk Sungai



KUALA KETIL: Sebuah bas City Liner hari ini dilaporkan telah terjatuh ke dalam Sungai muda dari Jambatan sungai tersebut petang semalam,

Bas City Liner tersebut telah terjunam dari jambatan Muda berhampiran kampung Pantai Cicar bagaimana pun tiada kemalangan jiwa di laporkan.


Menurut sumber dari PGO Kedah, kejadian itu telah melibatkan tiga orang mangsa terdiri dari 2 lelaki tempatan dan sorang warga asing. Kesemua mereka dilaporkan berjaya merangkak keluar dari bas tersebut menyelamatkan diri.



Ketiga-tiga mereka telah dihantar ke Pusat Kesihatan Kuala Ketil untuk mendapat rawatan dan di jabatan pesakit luar klinik tersebut.

Pihak bomba bagaimanapun telah menghantar pasukan penyelam untuk memastikan tiada mangsa lagi di dalam bas tersebut

Dipotong Kemaluan Kerana Main Telefon


Luohe (China): Seorang budak lelaki berusia tiga tahun menjalani pembedahan menyambung semula kemaluannya selepas ia dipotong kekasih bapa saudaranya pada 7 November lalu.

Menurut kanak-kanak itu, kekasih bapa saudaranya berang kerana dia menggunakan telefon pintarnya untuk mendengar muzik ketika wanita itu mandi.
Wanita itu bertindak memotong kemaluannya sebagai cara untuk melepaskan kemarahannya.

Ketika kejadian, ibu mangsa tiada di rumah kerana menuai jagung.
Kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital di Zhengzhou, tempat dia menjalani pembedahan selama enam jam untuk menyambung semula zakarnya sebelum dihantar ke Beijing untuk rawatan selanjutnya.

Doktor di First Hospital Universiti Peking berkata, pembedahan itu berjaya dilakukan dengan baik.

‘Polis’ Bertatu, Rambut Kuning


Kuala Lumpur: Penyamaran tidak masuk akal apabila seorang penjenayah bertatu di seluruh tubuh dan mempunyai rambut berwarna kuning menyamar sebagai anggota polis ketika cuba merompak tiga mangsa.

Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, suspek berusia 34 tahun itu yang mempunyai tatu harimau dan naga cuba mengugut tiga penuntut warga asing yang menetap di pangsapuri Sri Tioman, Taman Melati di sini.

Taktik digunakan itu bagaimanapun memakan diri apabila suspek sebaliknya dibelasah penduduk di kawasan itu ketika cuba melarikan diri.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian berlaku apabila suspek utama bersama tiga rakannya muncul di rumah mangsa sebelum memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

Menurutnya, suspek dikatakan menunjukkan gari bagi meyakinkan mangsa warga Somalia berusia 20-an supaya membenarkan mereka masuk ke rumah. Hmetro

Mayat Bayi Ditemui Dalam Bungkusan Untuk Dipos Ke Las Vegas


Bangkok , 17 Nov– Seorang pekerja pejabat pos terkejut besar setelah mengimbas satu bungkusan yang mempunyai beberapa bahagian mayat bayi di dalamnya pada hari sabtu lepas.

Bungkusan tersebut mengandungi beberapa kepala, kaki, kulit berserta dengan kulit individu dewasa yang dipenuhi dengan tatu.

Menurut kenyataan , bungkusan yang dialamatkan ke Las Vegas itu telah dihantar ke ke bahagian forensik bagi menentukan sama ada bayi di dalam bungkusan tersebut adalah janin atau pun bayi yang telah selamat dilahirkan.



“Kita telah menghantar bungkusan tersebut bagi tujuan pemeriksaan forensik untuk ianya janin atau bayi yang telah dilahirkan,’ kata ketua polis Thailand, Chawalit Prasopsin.

Chawalit membuat spekulasi awal dengan menyatakan bahagian bayi berkenaan adalah untuk tujuan penyelidikan ataupun koleksi memandangkan ianya dipelihara di dalam bekas yang dipenuhi dengan larutan formaldehid.