Select Menu

Hiburan

Isu Semasa

Isu Panas

Hiburan

Sejarah

Pelancongan

Informasi

Pelbagai

» » Pelancong Hilang Semasa Bersnorkel Di Pulau Tioman


KUANTAN - Seorang lelaki warga Perancis, Jerome Philippe Laurent dilaporkan hilang selepas melakukan aktiviti bersnorkel di hadapan Berjaya Tioman Resort di Pulau Tioman kelmarin.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 6.30 petang sebelum anggota dari Balai Polis Tioman keluar mencari Laurent, 24.
"Bagaimanapun, usaha mencari dan menyelamat pelancong itu terpaksa dihentikan berikutan cuaca gelap pada hari tersebut," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Menurut beliau, pada pukul 8 pagi semalam, 26 anggota pasukan penyelamat terdiri daripada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bersama tiga buah bot berada di lokasi kejadian meneruskan usaha mencari dan menyelamat lelaki itu.
"Sehingga lewat petang ini (semalam), nasib lelaki Perancis itu belum diketahui," kata beliau.
Johari memberitahu, pelancong terbabit disedari hilang pada pukul 5.30 petang kelmarin selepas rakannya menyedari Laurent tidak pulang ke chalet mereka.





Kosmo online

About Unknown

PERINGATAN: Ohbah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply