Dalam keghairahan anda memuat naik gambar di laman-lama sosial, harus diingatkan bahawa ada sesetengah perkara tidak patut dilakukan jika anda tidak mahu menjadi sensasi dengan pelbagai kritikan negatif dari orang ramai.
Ini antara contoh mudah yang kami boleh kami berikan kepada anda di mana seorang pelajar kolej di Jepun merakam foto rakannya yang dikatakan sedang ‘mencuri makanan dengan gembira’ di sebuah koperasi sekolah dan memuat naiknya di laman Twitter.
Gambar tersebut disertakan dengan ayat:
“Seronok menghadiri sekolah sekarang. Hari ini, *nama dirahsiakan* sangat comel. lol. Mencuri di koperasi sekolah. Sangat comel.”
Kemungkinan besar kedua-duanya hanya bergurau kerana secara logiknya, ‘hood’ pada bajunya tidak mampu menyembunyikan ‘barang curian’ itu.
Namun, pada zaman yang serba paranoid ini, perkara sebegini boleh menyebabkan kedua-duanya ditangkap atas tuduhan mencuri walaupun mereka tidak melakukannya.
No comments: