Kilang Bihun Cap Masjid yang baru-baru ini menimbulkan kegemparan berikutan penyebaran gambar-gambar penyediaan bihun secara kotor diberitakan terbakar, malam tadi.
Gambar-gambar kebakaran tersebut telah dikongsikan di laman Facebook Daily Traffic Report.
Kejadian ini agak mengejutkan kerana berlaku di saat kilang ini sedang berhadapan kecaman ekoran penyebaran gambar jijik di media sosial yang disusuli kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bahawa kilang tersebut tidak mempunyai sijil halal sah.
Apa yang membuatkan masyarakat bengang adalah, penggunaan logo rumah ibadah umat Islam pada produk ini sedangkan ia milik bukan Islam selain tidak mementingkan unsur kebersihan dan halal dalam proses penyediaan bihun.
Secara tidak langsung logo masjid pada produk ini boleh dianggap satu eksploitasi untuk mengaut keuntungan secara menipu.
No comments: