Select Menu

Hiburan

Isu Semasa

Isu Panas

Hiburan

Sejarah

Pelancongan

Informasi

Pelbagai

» » Qasri Dulu Mat Despatch, Kini Artis KRU

PERJALANAN hidup yang penuh berliku sedikit pun tidak pernah mematahkan semangat anak muda yang bernama Qasri ini meneruskan impiannya.
Minatnya yang menebal dalam bidang seni tetap diteruskan biarpun percubaannya yang pertama kali tidak berlaku seperti yang diinginkan, namun dia tidak berputus asa.

Pada 2012, dia mencuba nasib menyertai program realiti, Mentor 5 di bawah pengawasan pemuzik, Edry Abdul Halim.
Biarpun gagal di peringkat awal, Qasri berkata, dia membuang segala perasaan malu dan bertemu Edry bagi meluahkan keinginannya bekerja di bawah KRU Music.
“Ia merupakan impian saya sejak dari dulu lagi. Saya sanggup bekerja sebagai budak penghantar surat sekali pun.
“Demi impian ini saya tidak kisah bekerja keras untuk memenuhi cita-cita sebagai penyanyi,” katanya.
Dek sikapnya yang selamba dan ikhlas itu menarik minat pihak pengurusan KRU, dia diterima bekerja sebagai mat despatch.
Kerjayanya bermula dari situ, dia kemudiannya dipindah ke bahagian produksi, KRU Studios sebagai pembantu produksi.
“Tidak cukup dengan itu, saya ditawarkan berlakon sebagai pelakon tambahan dalam filem Chikaro (2012).
“Setahun kemudian, saya diberikan watak lebih mencabar dalam filem Hantu Tok Mudim dengan watak Kunyit iaitu pembantu kepada Lebai Kulup (Sofi Jikan),” katanya.
Terbaharu, Qasri bakal muncul dalam filem Mat Tudung terbitan Showbiz Productions yang bergandingan berlakon bersama pelakon popular Fizz Fairuz dan Izzue Islam yang akan ditayangkan pada Ogos depan.
Citrasa Perempuan
Selain lakonan, Qasri turut merakamkan album pertama  bertajuk Menterai Janji (2002) manakala single pertamanya Cinta Pertama.
Tambahnya, ketika pihak KRU Music sedang mencari penyanyi untuk menyampaikan lagu Citarasa Perempuan yang merupakan lagu tema filem Mat Tudung, dia terpilih untuk menyanyikan lagu tersebut.
Qasri berkata, lagu itu menceritakan kehidupan seorang mat motor dan kisah itu  dirasakan begitu dekat dengan dirinya.
“Lagipun saya pernah bekerja sebagai penghantar surat menggunakan motor dan terlibat secara tidak langsung dengan geng mat motor. Sebab itulah, lagu ini dirasakan sesuai untuk saya nyanyikan,” katanya.
Citarasa Perempuan merupakan ciptaan Edry dan dimuat naik secara rasmi di rangkaian Youtube KRU Music pada 19 Februari lalu.-Sinar

About Unknown

PERINGATAN: Ohbah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply