Dia mungkin bernilai puluhan juta ringgit, namun Cate Blanchett mendapat hadiah jauh lebih ternilai hujung minggu lalu Anugerah Oscar.
Sejak itu, Cate berkata dia tidak membiarkan trofi kemenangannya hilang dari pandangannya.
Dalam rancangan bual bicara bersama Ellen DeGeneres beberapa jam selepas majlis berkenaan berlangsung, Cate berkata, dia tidur bersama trofi itu sepanjang malam.
Aktres berusia 44 tahun itu memberitahu bintang televisyen yang juga pengacara Academy Awards malam sebelumnya yang “rakan barunya” Oscar di letakkan di atas katil, di tengah-tengah dia dan suaminya, Andrew Upton.
Sebelum temu bual bermula, Cate yang sememang–nya kepenatan terhuyung-hayang di atas pentas hingga terpaksa dibantu pengacara yang terkenal dengan komedinya.
“Ada apa-apa yang awak mahu? Saya ada Visine, Advil, Air, pisang...” Ellen membuat tawaran kepada bintang yang kepenatan itu.
“Awak ada selimut atau kopi?” kata Cate.
Krew rancangan itu kemudian dilihat membawa selimut untuk Cate yang mengakui dia hanya dapat tidur sekejap selepas majlis anugerah itu.
Walaupun begitu, aktres jelita itu masih kelihatan segar dengan pakaian serba hitam dan rambut yang disimpul kemas.
“Saya balik awal sebelum anda dan saya tak tahu pula yang anda lakukan ini,” kata Cate.
Dia menerangkan bagaimana dia terpaksa berhenti untuk membeli makanan sewaktu perjalanan pulang ke rumah kerana pulang sebelum Ellen memberikan pizza kepada mereka yang hadir pada malam anugerah berkenaan.
“Saya pergi ke bar untuk mendapatkan makanan dan mereka tak benarkan saya masuk semula. Tetapi semua aktres lain mengerumuni pizza itu jadi saya tidak dapat sedikit pun,” katanya.
Menceritakan perasaannya selepas memenangi anugerah itu, Cate berkata ia pengalaman pelik.
“Saya sangat tertekan. Saya rasa saya tak minum banyak malam itu tetapi saya sungguh bersemangat,” katanya.
Penonton The Ellen Show ketika itu sangat bertuah kerana Cate membenarkan penonton memegang trofi Oscar yang dimenanginya.
Apabila seorang penonton memberitahu betapa beratnya trofi itu, Cate dengan bersahaja menjawab: “Bagi pelakon wanita, kami tidak bersenam. Justeru kami mahu memena–ngi trofi supaya lengan kami nampak cantik.”
Di penghujung temubual itu Ellen menghadiahkan Cate kemeja-T dengan tulisan “Anugerah Tahunan Oscar ke-86 yang diacarakan Ellen... Dan saya menang!”
Pada malam peng–anugerahan itu, Cate nyata kelihatan terkejut selepas namanya diumumkan sebagai pelakon wanita terbaik oleh pemenang pelakon lelaki terbaik tahun lepas, Daniel Day-Lewis.
Penonton yang hadir berdiri dan memberikan tepukan gemuruh sambil Cate menuju ke pentas untuk menerima anugerah itu.
Di permulaan ucapannya selepas menerima anugerah itu dia berseloroh dengan meminta penonton untuk duduk. “Tak mengapa, duduklah.. anda terlalu tua untuk berdiri!”
Dia kemudiannya memuji mereka yang turut tercalon untuk anugerah itu, Sandra Bullock, Amy Adams, Judi Dench dan Meryl Streep.
“Anugerah ini adalah subjek–tif namun ia sangat berharga buat saya,” katanya.
No comments: