GAMBAR palsu tersebar ketika ini menunjukkan pihak keselamatan berjaya menyelamatkan pesawat MH370 daripada pengganas.
Gambar tersebut seakan benar-benar terjadi berikutan logo pada pesawat Air Macau telah diganti dengan logo Malaysia Airlines. Malah, logo BBC juga turut diletak mungkin mahu menunjukkan kredibiliti gambar tersebut.
Perbuatan media negara itu sememangnya amat tidak bertanggungjawab. Mungkin ada baiknya rakyat Malaysia menyelidik beberapa kali terlebih dahulu berita-berita yang datangnya dari negara Vietnam. Kebanyakan berita mengenai pesawat MH370 yang dikeluarkan oleh media negara itu hanya disensasikan sahaja.
No comments: