Select Menu

Hiburan

Isu Semasa

Isu Panas

Hiburan

Sejarah

Pelancongan

Informasi

Pelbagai

» » Dua Nelayan Jumpa Mayat Tanpa Kepala


ROMPIN-Dua nelayan yang asyik mengutip botol di Pantai Batu 6 Janglau dekat sini terkejut apabila menemui mayat lelaki tanpa kepala terdampar di tepi pantai.
 
Mohd Sharif Kupa dan rakannya ternampak sekujur tubuh terbaring di kawasan itu tetapi apabila mendekatinya mereka terkejut apabila mendapati mayat itu tidak berkepala.
Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Johari Jahaya berkata, mayat lelaki tanpa kepala yang berusia lingkungan 20an itu masih lengkap berbaju t dan berseluar pendek.

Katanya, pemeriksan awal mendapati terdapat satu lubang di bahagian dada mayat yang tidak dapat dipastikan sama ada dicederakan, tercucuk objek tajam atau kemungkinan dimakan ikan semasa hanyut. Identiti mangsa belum dapat dipastikan selain mayat itu sudah mereput.

Punca kematian belum dapat dipastikan.
Kata Johari, mayat itu di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat dan sesiapa yang kehilangan ahli keluarga lelaki agar menghubungi Balai Polis Kuala Rompin di talian 094145222. - Bernama

About Unknown

PERINGATAN: Ohbah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply