Select Menu

Hiburan

Isu Semasa

Isu Panas

Hiburan

Sejarah

Pelancongan

Informasi

Pelbagai

» » Wanita Arab Ubah Kediaman Jadi Rumah Pelacur


Riyadh: Polis Arab Saudi semalam menahan seorang wanita tempatan, dua anak perempuan dan seorang anak lelakinya kerana disyaki mengubah kediaman mereka menjadi sarang maksiat.
Wanita terbabit yang berusia 50-an melacurkan a`nak perempuannya, manakala anak lelakinya dipaksa mencari pelanggan yang kebanyakannya pekerja asing.
Akhbar melaporkan wanita itu yang mengenakan bayaran SR500 (RM437) untuk khidmat pelacur di kediamannya di utara bandar Hafr al-Batin dipantau penguat kuasa Suruhanjaya Pencegah Maksiat sejak beberapa bulan lalu.
“Penguat kuasa akhirnya berjaya memasuki kediaman wanita itu bersama-sama pelanggan warga asing yang ditahan sebelum ini.
“Dia enggan membenarkan rakyat tempatan memasuki rumahnya, tetapi warga asing terbabit meyakinkannya bahawa pegawai penguat kuasa itu juga mahu mencari keseronokan,” lapor akhbar harian berbahasa Arab, Sabq.

Apabila mereka masuk dan memberinya sejumlah wang, anggota penguat kuasa lain menyerbu kediaman itu dan menahan wanita terbabit dan ketiga-tiga anaknya, lapor Sabq.


- Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Ohbah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply