Select Menu

Hiburan

Isu Semasa

Isu Panas

Hiburan

Sejarah

Pelancongan

Informasi

Pelbagai

» » Sembelih Bayi Kerana Amal Ilmu Hitam



BANKURA, India – Seorang lelaki India dihukum mati selepas didapati bersalah menyembelih seorang bayi dan meminum darah anak kecil itu bagi tujuan ilmu hitam , menurut satu laporan kelmarin.

Penduduk kampung menjumpai tertuduh, Lakshmi Kanta Sarkar di sebuah sebuah kuil di tanah perkuburan di sini ketika dia sedang meminum darah daripada mayat bayi itu yang digantung pada sebatang pokok.

Lelaki berkenaan merupakan pengikut ilmu kerohanian India yang dikenali sebagai Tantra.
Pembunuhan ngeri itu berlaku dua tahun lalu ketika dia melakukan satu upacara mistik di kampung Kalakuri, di sini dalam wilayah Bengal Barat.

Upacara itu turut dirakam oleh seorang kru televisyen India.

Menurut akhbar Times of India, Lakshmi baru sekarang dijatuhi hukuman mati selepas 17 orang saksi memberi keterangan terhadapnya di Mahkamah Daerah Sulagna di sini.

Penduduk kampung memukul Lakshmi sambil menjerit ‘ahli sihir’ sehingga memaksa polis campur tangan bagi mengelakkan dia dibelasah sehingga mati ketika keluar ari mahkakamah. – Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Ohbah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply