Select Menu

Hiburan

Isu Semasa

Isu Panas

Hiburan

Sejarah

Pelancongan

Informasi

Pelbagai

» » Rooney Sah Kekal Milik United Hingga 2019


Pemain Manchester United, Wayne Rooney terus komited untuk bersama The Red Devils selepas menandatangani kontrak baru semalam.
Kontrak asal Rooney sebelum ini hanya berbaki 18 bulan dan beliau menjadi sasaran untuk disambar Chelsea tahun lalu sehingga menimbulkan spekulasi bahawa Rooney akan meninggalkan Old Trafford.
Dengan kontrak baru, Rooney akan kekal milik United sehingga bulan Jun 2019.
Selepas dimeterai, beliau yang berusia 28 tahun akan menerima £300,000 Pound Sterling (RM1.65 Juta) seminggu dan Rooney akan menjadi duta kepada kelab United selepas beliau bersara kelak.
“Wayne Rooney komited berkenaan masa depannya dengan United selepas menandatangani kontrak baru selama empat tahun memastikan dia terus beraksi di padang Old Trafford sehingga Jun 2019,” menurut satu kenyataan di laman web rasmi United.

Sebelum itu, Rooney telah terlebih dahulu mengumumkan di Twitter beliau mengenai pembaharuan kontrak itu sebelum kenyataan rasmi dari United disiarkan.
Pengurus United David Moyes, yang turut bertanggungjawab memberikan Rooney beraksi buat kali pertama ketika bersama Everton, lega apabila berjaya mengekalkan Rooney di bawah pengurusannya.
Moyes mengakui sejak mengambil alih jawatan Pengurus dari Sir Alex Ferguson, Rooney menjadi sasaran beberapa buah kelap untuk dibeli dan berpindah dari United. 

About Unknown

PERINGATAN: Ohbah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply