Select Menu

Hiburan

Isu Semasa

Isu Panas

Hiburan

Sejarah

Pelancongan

Informasi

Pelbagai

» » Pengacara 999, Hazlin Hussain sudah berhijab


BAGI peminat program 999, nama Hazlin Hussain memang tidak asing lagi.
Selain mengacarakan program kepolisan tersebut, Hazlin juga merupakan salah seorang pembaca berita TV3.
Bagi yang mengikuti perkembangan Hazlin di media sosial, pasti maklum bahawa baru-baru ini Hazlin menempuh pengalaman menyedihkan iaitu kehilangan sahabat baiknya yang meninggal dunia.

Pastilah, arwah seorang yang sangat memberi makna dalam hidup Hazlin kerana selepas pemergiannya Hazlin dilihat membuat satu perubahan ke arah kebaikan iaitu sudah mula berhijab.
Perubahan ini dikongsikan menerusi gambar yang dimuat naik di laman Instagram Hazlin,  dua hari lalu.
Ramai yang memuji transisi positif Hazlin ini termasuk rakan sekerja dan para peminatnya.

Benarlah janji Allah Taala, di sebalik setiap ujian yang diberi sudah pasti ada hikmah tersembunyi untuk dihayati oleh hambaNya yang mahu berfikir.
Apa pun kami tumpang gembira melihat perubahan ini dan mendoakan semoga Hazlin terus istiqomah

About Unknown

PERINGATAN: Ohbah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply