Select Menu

Hiburan

Isu Semasa

Isu Panas

Hiburan

Sejarah

Pelancongan

Informasi

Pelbagai

» » Panggang Kucing Hidup-Hidup Kerana Ikan Emas


London – Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Sanggup memanggang kucing hidup hidup dalam mikrowave hanya kerana menyerang ikan emasnya.
Laura Cunliffe, 23, mengaku memasukkan kucing berusia empat bulan itu dalam mikrowave selama lima minit.
Kucing betina itu bagaimanapun masih hidup selepas Cunliffe mengeluarkannya dari mikrowave namun kemudiannya mati.
Susulan itu, mahkamah akan menjatuhkan hukuman ke atas wanita kejam itu pada 13 Mac ini.
Menurut pendakwaraya, Brian Orsborn, Cunliffe memelihara kucing itu sejak ia berusia beberapa minggu.
“Anak kucing itu berada dalam keadaan parah selepas Cunliffe mengeluarkannya dari oven. Dia kemudiannya membawa binatang itu ke rumah saudaranya.
“Anak kucing itu tidak dapat bernafas dan mati 19 minit kemudian. Cunliffe telah menanamnya dengan bantuan seorang lelaki,’’ katanya.

About Unknown

PERINGATAN: Ohbah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply