Seorang remaja yang dibuli dihukum penjara selepas menikam seorang gadis di muka dan menghantukkan kepala seorang lagi pembuli – kerana mereka memanggilnya dengan nama gelaran Harry Potter. Ryan Walker , 19, memakai cermin mata dan mempunyai rambut hitam pendek , seperti pelakon Daniel Radcliffe yang memainkan watak seorang pelajar sekolah sihir di dalam filem Harry Potter.
Dia telah menyerang pembulinya iaitu Emma Keeble dan Leah Pearce masing-masing berumur 15 dan 16 tahun selepas mereka mengusiknya dengan panggilan Harry Potter berkali-kali dan menyentuh beg membeli-belahnya. Dia yang berang selepas dibuli secara lisan bergegas ke rumahnya sebelum kembali dengan botol susu penuh dengan air dan mencampakkannya ke atas gadis-gadis pembuli tersebut dan kemudian mengambil pisau pemotong sayur sebelum menikam salah seorang di bahagian muka dan menumbuk serta menghantukkan kepala seorang lagi pembuli ke pagar.
Walker telah dibuli di sekolahnya dan juga di kawasan perumahan dan kali ini dia hilang sabar dan menyebabkan dia menyerang mereka yang mengganggu hidupnya. Hakim Peter Ralls QC yang menjatuhkan hukuman penjara empat tahun setengah tahun terhadap Walker, berkata gadis-gadis itu mungkin telah kurang ajar, tetapi baginya tindakan Walker adalah tidak wajar.
No comments: