Select Menu

Hiburan

Isu Semasa

Isu Panas

Hiburan

Sejarah

Pelancongan

Informasi

Pelbagai

» » Brendan Rodgers Mahu Liverpool Belasah Swansea !



PENGURUS Liverpool, Brendan Rodgers menggesa pemainnya meneruskan kekejaman di Anfield menjelang pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Swansea City, malam ini.
Menurut Rodgers, Liverpool perlu mengulangi kemenangan bergaya ketika membelasah Arsenal 5-1 dan menundukkan Everton 4-0 untuk meraih tiga mata ke atas Swansea bagi merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Chelsea.
Ketika ini, Liverpool menghuni tangga keempat liga.
“Liverpool beraksi di laman sendiri, jadi saya berharap pemain dapat memanfaatkan sepenuhnya kelebihan ini.
“Saya mahu pemain tampil agresif dan tidak membenarkan tiga mata dicuri pihak lawan.
“Bukan tidak menghormati mereka, tetapi saya mahu pemain menyeksa Swansea dan biar mereka pulang dengan sengsara,” katanya.
Dalam pada itu, Liverpool dijangka dapat menurunkan semula Glen Johnson namun Lucas, Jose Enrique dan Mamadou Sakho masih dibelenggu kecederaan. – SH

About Unknown

PERINGATAN: Ohbah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply