Select Menu

Hiburan

Isu Semasa

Isu Panas

Hiburan

Sejarah

Pelancongan

Informasi

Pelbagai

» » Amalan Suku Kaum Pelik Tanam Orang Hidup-hidup



ADA pelbagai tradisi unik yang kadang – kadang tidak terfikir , salah satunya di Cuba ini .Tradisi itu melibatkan perarakan mengebumikan orang yang masih hidup .
Namun tidak perlu bimbang , pengebumian tersebut hanya perarakan dan bukan benar – benar ditimbus dalam tanah . Tradisi aneh ini dilakukan tiap tahun dengan meriah di Santiago de las Vegas , bandar kecil berhampiran Havana . Selama 30 tahun , festival ini selalu digelar pada 5 Februari dan dikenali dengan nama ” Burial of Pachencho ” .
Seperti pengebumian sebenar , ada seseorang yang dimasukkan dalam keranda dan diturunkan ke dalam lubang kubur diiringi muzik dan dihantar sekumpulan yang berkabung. Mereka juga mendoakan dan  menangis jenazah bohongan itu ketika akan dikuburkan .

Prosesinya bemula di perkuburan umum dengan menurunkan keranda ke liang lahad dipimpin seorang ketua . Selepas memberikan doa terakhir , sekumpulan yang berkabung menaburkan bunga dan menuangkan minuman ke mulut ” jenazah ” untuk diminumnya .
Setelah itu ia membuka mata dan  keluar dari keranda tersebut .Idea tradisi pelik ini bermula pada 1984 untuk mengakhiri musim karnival setempat . Nama ” Pachencho ” sendiri dipilih bukan berkaitan seseorang melainkan dari tajuk kisah yang dimainkan di teater tempatan . 

Alih – alih bersuasana duka , festival kematian palsu ini malah disambut bagaikan sebuah pesta di jalan – jalan bandar selama seharian .” Festival ini memberikan nafas pada bandar ini yang terus menjalani kehidupan sukar , ” kata Yaumara Solis . ” Berduka untuk orang yang hidup bukan tindakan tidak sopan pada yang telah tiada , ini adalah penghormatan untuk cabaran kehidupan . ”

About Unknown

PERINGATAN: Ohbah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply