Select Menu

Hiburan

Isu Semasa

Isu Panas

Hiburan

Sejarah

Pelancongan

Informasi

Pelbagai

Misteri rampasan Boeing 727 1971 yang belum terungkai



KISAHNYA bermula sekitar sambutan Thanksgiving, 24 November 1971. Seorang lelaki membawa sebuah beg menghampiri kaunter tiket penerbangan Northwest Orient Airlines dan kemudiannya membeli tiket sehala penerbangan 305, trip pernerbangan 30 minit ke Seattle, Washington, Amerika Syarikat. Lelaki itu kelihatan biasa sahaja penampilannya, seperti seorang ahli perniagaan gayanya. Beberapa ketika selepas pesawat 305 tersebut berlepas, ia dikhabarkan telah dirampas oleh lelaki itu!

Ketika menghampiri jurujual tiket Northwest Orient Airlines pada petang itu, lelaki tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Dan Cooper. Semenjak itu D. B. Cooper adalah nama yang sangat popular untuk merujuk kepada lelaki yang tiada siapa tahu identiti dia yang sebenarnya, yang telah merampas sebuah pesawat Boeing 727 tersebut.

Dia telah merampas pesawat tersebut ketika pesawat itu sedang terbang di ruang udara antara Portland, Oregon dan Seattle, Washington. Dia kemudiannya meminta wang sebanyak USD200 000 dan payung terjun. Nasibnya kemudian tidak diketahui selepas dikatakan terjun daripada pesawat tersebut. Kes rampasan ini kekal tidak dapat diselesaikan dan antara kes rampasan pesawat paling ‘bizarre’ dalam sejarah Amerika.

Rampasan Pesawat Boeing 727 penerbangan 305 itu bermula kira-kira ia dalam suku perjalannya ke Seattle, Washington. Dan Cooper telah menyerahkan satu nota kepada Florence Schaffner, seorang pramugari. Pada mulanya Schaffner menyangka ianya hanya satu nota temujanji yang ditulis seorang ahli perniagaan yang sunyi, lantas dia memasukkan nota tersebut ke dalam tas tangannya. Cooper kemudian dengan tenang merapati Schaffner sambil berbisik ‘ Cik, sebaiknya awak perlu membaca nota itu terlebih dahulu, saya ada bom”.

Nota kecil yang ditulis kemas dengan semua huruf besar itu tercatat:
“SAYA ADA BOM DI DALAM BEG BIMBIT, SAYA AKAN MENGGUNAKANNYA JIKA PERLU. SAYA MAHU ANDA DUDUK BERSEBELAHAN SAYA. PESAWAT INI SEDANG DIRAMPAS”.

Schaffner, seperti mana yang diminta lelaki itu kemudian duduk disebelahnya. Schaffner kemudian meminta untuk melihat bom tersebut dan Cooper membuka begnya perlahan-lahan. Cooper kemudian meminta supaya wang sebanyak USD200 000 dan payung terjun disediakan sebaik pesawat itu mendarat. Cooper juga meminta sebuah trak minyak bersedia untuk mengisi minyak pesawat sebaik sahaja mendarat.

Pesawat yang dirampas oleh Dan Cooper
Yakin dengan apa yang dilihat dalam beg Cooper, Schaffner lantas menyampaikan tuntutan lelaki itu ke kokpit, yang kemudiannya menghubungi pusat kawalan. Datuk Bandar kemudian mengarahkan supaya tuntutan-tuntutan Cooper dipenuhi kerana bimbang dia akan mencederakan penumpang. Pihak berkuasa lantas mengumpulkan wang bernot USD20 sebanyak USD200 000 dari beberapa buah bank sekitar, seperti yang diminta Cooper. beberapa minit kemudian pesawat itu mendarat, segala tuntutan diserahkan namun Cooper hanya melepaskan separuh dari pesawat pesawat itu. Dia kemudiannya mengarahkan supaya pesawat itu kembali terbang selepas mengisi minyak menuju Mexico.
Berdasarkan cerita Schaffner, lelaki yang dikenali sebagai Dan Cooper itu langsung tidak berpewatakan seperti seorang perampas kapal terbang. Tutur katanya baik, langsung tidak menggertak malah langsung tidak kelihatan seperti gentar atau gemuruh sepanjang dia merampas pesawat tersebut. Cooper juga menawarkan makan tengah hari kepada semua penumpang.
Selepas menerima semua tuntutan yang diminta, Cooper mengarahkan supaya pesawat itu kembali berlepas. Dalam penerbangan yang menghala ke Mexico itu, dia kemudian mengintai dari cermin pesawat dan dengan tepat boleh mengenalpasti di mana pesawat tersebut terbang ketika itu. Dari situ, Schaffner merasakan Cooper bukanlah calang-calang orang. Cooper kemudian memesan segelas minuman, menghabiskan minuman itu, mengambil wang sebanyak USD200 000, dan terus terjun dari pesawat.

Lakaran wajah Dan Cooper

Beberapa teori mengatakan Cooper mungkin bekas seorang paratrooper (anggota tentera payung terjun) atau seorang penerjun berpengalaman kerana berdasarkan skill dan perancangannya, dia bukan lelaki biasa. Agen khas FBI juga turut bersependapat. Dikatakan ketika Cooper terjun dari pesawat, kelajuan angin ketika itu mencecah 200 MPH dan cuaca amat gelap serta hujan. Peluang untuk dia terselamat amatlah tipis dan Cooper juga mungkin tahu mengenai itu. Seorang penerjun yang tidak berpengalaman tidak akan terjun dalam cuaca begitu.

Drama ini berlarutan meninggalkan tanda tanya. berdekad lamanya, Cooper tidak dapat dikesan malah tempat di mana dia melakukan terjunan juga tidak dapat dipastikan secara tepat. Pihak FBI juga menemui jalan buntu dalam menjejak Cooper melalui nombor siri wang yang dituntut lelaki itu. beberapa orang pernah ditangkap kerana menggunakan wang dari nombor siri wang tuntutan itu, namun dibebaskan kembali kerana tiada seorang pun dari mereka boleh dikaitkan dengan Dan Cooper.

BARANG BUKTI : Tiket Dan Cooper

BARANG BUKTI : Payung terjun yang dijumpai dipercayai milik Dan Cooper
Seorang kanak-kanak juga pernah menemui sebahagian dari wang tuntutan Cooper berjumlah USD5800 pada 1980 di pinggir sungai Columbia, vancouver, Washinton. Namun apabila siasatan menyeluruh dilakukan di kawasan tersebut, langsung tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa Dan Cooper mendarat atau terbunuh di situ.

Kenapa “The Hidden Hand’ Berminat Dengan Sabah

AMERIKA Syarikat (US) mempunyai keinginan yang tinggi untuk mendirikan sebuah Naval Base di rantau Asia Tenggara. Selepas penutupan Clark Base di negara Filipina beberapa tahun lepas, Amerika tidak mempunyai pangkalan tentera laut (naval base) yang kukuh serta yang dapat membenarkannya menjalankan operasi penuh dengan kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear (nuclear powered aircraft carrier).




Gambaran Keadaan Palestin Sebelum Dan Selepas Dijajah Israel!

 Setelah beberapa tahun israel menjajah Palestin, banyak bangunan Palestin yang hancur dan banyak berjuta-juta saudara kita yang terkorban.  Inilah gambar keadaan palestina tahun 1900 sebelum palestina di jajah israel.

Lelaki Dalam Gambar Remaja Princess Diana Menjadi Carian Ramai Di Eropah (5 Gambar)

Menurut DailyMail, gambar ini telah dijual kepada pihak mereka pada 26 Februari 1981 iaitu dua hari selepas perkahwinan Princess Diana kepada Prince Charles. Dalam gambar ini menunjukkan seorang remaja lelaki dan Princess Diana pada usia 17/18 tahun di sebuah kawasan luncur ais. 

Gambar ini sahaja dijual pada harga RM 4,500 ketika itu. Kini mereka menyatakan sesiapa yang tahu pasal lelaki tersebut sila hubungi DailyMail A.S.A.P. Gambar ini tidak disiarkan pada 1981 kerana pihak DM takut itu akan merosakkan imej Princess Diana ketika itu yang mana dia mungkin bakal menjadi Permaisuri. 






Kereta Adolf Hitler Yang Pertama Sampai Ke Nepal


Wowww!!!Pada tahun 1940 Adolf Hitler Menghadiahkan sebuah kereta Merceds Benz keluaran 1938 kepada King Triubhuvan -Nepal.

Sejarah Lagenda Ikan Sinsilog / Tambuakar Di Sabah




try google lom ada lagi berkaitan ngan citer dan lagenda pasal TAMBUAKAR, yang cukup popular di sesetengah kawasan di Sabah.. ianya juga boleh dikatakan sebagai cerita dongeng masyarakat di persisir pantai dan sungai Sabah terutama daerah Sungai Papar sehingga ke Daerah Beaufort dan Kuala Penyu..

Apakah Tambuakar, mengikut penceritaan mulut kemulut peribumi Sabah ianya adalah seekor raksasa sungai yang besar serupa raksasa Loch Ness, berwarna hitam dan mempunyai leher yang panjang.. cerita mengenainya sudah lama tersebar terutama selepas pembukaan tapak2 baru akibat penjajahan Brunei ke atas pantai barat Sabah, yang mana ramai peribumi dan orang brunei mendiami persisir pantai dan sungai untuk bekalan air.. mengkut penceritaan dari mulut ke mulut, pelbagai bentuk di dakwa selain seperti Loch Ness yang mempunyai kaki seupa sirip, ada mengatakan ia seperti seekor ular besar yang menyerupai naga..



Versi lain pula oleh orang bangsa Dusun di Sabah, mereka percaya yang Tambuakar ni berasal dari sejenis ikan belut iaitu raja ikan Sinsilog.. ada mengatakan ianya adalah raja segala hidupan di sungai menyebabkan ia perlu hidup beratus taun dan ada mengatakan beribu taun untuk menjaga kerajaannya dan ia terus membesar dan membesar sehingga mencapai size seperti seekor naga..



Berbalik pada cerita pribumi dan bangsa Brunei yang menghuni persisir pantai pula, Tambuakar ni tidak diketahui mana asal usulnya sebab semasa penempatan baru dibuka memang dan kecoh mengenai Tambuakar ni dari mulut2 penduduk pribumi disitu masa tu.. dari penceritaan dan pengalaman orang2 tua, ada 2 bentuk digambarkan mengenai tambuakar ni :
1. Bentuk raksasa Loch Ness - berleher panjang berbadan besar dan mempunyai 4 kaki serupa sirip dan mempunyai ekor sepanjang kepalanya, tapi ada saksi pula mengatakan Tambuakar ni mempunyai 2 kepala dan dibelakangnya bukan lah ekor..

2. Bentuk naga / ular - ada saksi yang mengatakan ia seperti seekor ular tedung yang mendongakkan / mendirikan kepalanya ditengah2 sungai, mereka mendakwa x pernah melihat badannya dah hanya melihat kepalanya yang besar dan sedikit kembang..

Banyak cerita2 direkodkan sepanjang taun 30-60an sebab masa tu ramai mula membuat rumah disekitar sungai Papar, sungai Bongawan dan sungai Beaufort.. tempat paling famous orang ramai menceritakan mengenai munculnya Tambuakar ni adalah di persisir sungai Kg Surati, Papar, kampung ni betul2 di tepi sungai.. tapi mengenai Tambuakar ni berbentuk ular atau naga lagi famous berbanding bentuknya seakan Loch Ness, 


Bila ditanya mengapa sekarang ni tiada penemuan2 terbaru mengenai kemunculannya, ramai mengatakan yang ia sudah mati dan x kurang mengatakan ia masih muncul sesekali tapi disebabkan pengangkutan air dah x digunakan lagi maka penceritaan mengenainya pon jarang didengari, tapi sesekali ada juga cerita2 mengainya melalui kaki2 pancing dan nelayan disekitar sungai tersebut, alasan diorang x nak ceritakan sebab takut dikatakan gila dan sekarang ni ada kamera dan hp yang boleh snap gambar makhluk ni..

Ramai percaya haiwan lagenda ni still hidup sampai ke hari ni disebabkan penemuan lobang2 besar di bawah tanah sepanjang sungai2 tersebut semasa kerja mencucuk cerucuk membina jambatan masa membaiki jambatan Papar yang roboh pada taun 2000 dulu selain di tempat2 lain sepanjang sungai tersebut.. dikatakan ianya mengunakan kepalanya untuk membina lubang di bawah sungai tersebut dan membina laluannya sendiri di bawah sungai untuk keselamatannya, tapi ada gak versi lain mengatakan ia ada 4 tangan yang digunakan untuk menggorek tanah untuk membina laluannya..