Select Menu

Hiburan

Isu Semasa

Isu Panas

Hiburan

Sejarah

Pelancongan

Informasi

Pelbagai

Alyph (Sleeq) Mohon Maaf Pegang Tangan Tunang



PETALING JAYA: Penyanyi Alyph (Sleeq) memohon maaf jika gambarnya berpegangan tangan bersama tunang, Azzah Fariha Samat, 27, mengundang rasa kurang selesa kepada mana-mana pihak yang melihatnya.
Alyph atau nama sebenarnya Alif Abdullah, 25, berkata, gambar tersebut sepatutnya tidak perlu dijadikan isu namun dia tetap menghormati setiap pandangan yang diberikan oleh masyarakat sekeliling.

"Maafkan saya jika ada yang tidak berkenan dengan gambar itu. Tetapi saya hormati segala komen dan kritikan yang diberikan kerana saya faham, media sosial adalah satu platform bebas untuk sesiapa pun yang ingin komen.

"Apa-apa pun terima kasih atas kritikan itu. Dan jujurnya saya tidak terasa hati pun dengan segala komen negatif yang diberi. Cuma terkejut sedikit sahaja pada mulanya," katanya kepada mStar Online yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsAapp di sini pada Isnin.

Minggu lalu, segelintir peminat Alyph telah mengkritiknya selain dia memuat naik foto bersama tunang di Facebook dengan berpegangan tangan.

Antara komen mengatakan mereka tidak sepatutnya mengambil gambar berpegangan tangan meskipun sudah bertunang kerana mereka masih belum menjadi suami-isteri yang sah.

Sementara itu, ditanya pula mengenai persiapan perkahwinan yang bakal berlangsung pada 13 September depan di Gardens By The Bay Singapore, Alyph berkata, kesemuanya sudah hampir selesai diuruskan.

"Alhamdulillah, persiapan perkahwinan kami sudah hampir siap. Segala dokumen yang perlu dibuat juga sudah selesai.

"Tinggal tunggu masa saja. Berdebar juga, doakan segalanya berjalan dengan lancar," tuturnya.

Dalam pada itu, seorang lagi ahli Sleeq iaitu Ahmad Syarif, 25, bakal melangsungkan perkahwinannya pada November depan.

David Teo Selar Stesen Radio Enggan Putar Lagu Nyanyiannya



PETALING JAYA: Penerbit filem Metrowealth International Group (MIG) David Teo berasa pelik apabila single lagu pertamanya berjudul Kacang tidak diterima baik oleh pihak stesen radio tempatan sedangkan ia mendapat sambutan di YouTube dengan jumlah lebih 112,000 tontonan.
David berkata, lagu yang turut menampilkan penyanyi Fida Ibrahim, Zarul dan Cat Farish itu hanya dimainkan selama seminggu di beberapa buah stesen radio menerusi segmen lagu baru tempatan dan kemudian ia tidak lagi ke udara.

"Mereka (pihak radio) menganggap lagu itu tidak mencapai piawaian seperti yang dikehendaki.

"Jika benarlah lagu saya itu biasa-biasa sahaja, tidak mungkin Kacang mendapat jumlah tontonan yang tinggi di YouTube, malah ia masih lagi ditonton sehingga kini. Malah liriknya juga sarat dengan mesej yang berguna buat masyarakat kita," katanya yang dihubungi mStar Online.

Tambah David, dia tidak terkilan pun dengan mana-mana stesen radio kerana menganggap Kacang sudah mencetuskan fenomena tersendiri walaupun hanya menerusi di YouTube sahaja.

Bagaimanapun, David menyifatkan kebanyakan stesen radio di negara ini terlalu syok sendiri kerana memutarkan lagu-lagu yang diminati pihak stesen terbabit tanpa mengikut trend terkini di media sosial.

"Sebelum ini saya memberikan lagu Kacang kepada stesen radio untuk mereka jadikan ia sebagai eksklusif sebelum memuat naik klip video di YouTube. Malangnya ia hanya dimainkan untuk beberapa kali sahaja.

"Patutlah… baru saya faham mengapa ramai penggiat muzik berbakat hanya popular di laman sosial, tetapi tidak secara arus perdana.

"Sudah tiba masanya pihak radio mengubah format mereka mengikut cara media sosial yang lebih kemas kini berbanding cara mereka memilih lagu," tegasnya.

Sementara itu, David berkata, dia telah melaburkan sebanyak RM30,000 untuk lagu tersebut termasuklah kos pembikinan klip video bagi memberikan kualiti yang terbaik buat penonton yang menyaksikannya. mStar

Iqa (Velvetband) Ditipu Peniaga Instagram



PETALING JAYA: Penyanyi Iqa (Velvetband) berang apabila kasut yang dibeli secara online menerusi laman Instagram masih belum diterimanya walaupun sudah membuat tempahan sejak sebulan lalu.
Berusia 28 tahun, Iqa atau nama sebenarnya Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor berkata, kejadian itu membuatkan dia meminta peniaga tersebut memulangkan wangnya, bagaimanapun hingga kini pelbagai alasan diberikan peniaga tersebut.

"Saya sememangnya seorang pembeli barangan online tegar dan tidak pernah mempunyai masalah dalam urusan jual-beli.

"Tetapi lain pula kali ini apabila kasut yang saya beli hingga kini masih belum diterima. Macam-macam alasan peniaga itu beri.

"Kemudian saya memutuskan untuk meminta peniaga berkenaan memulangkan semula wang saya. Itu pun dilengah-lengahkan. Kononnya duit saya sudah dikembalikan menerusi transaksi bank, tetapi apabila disemak, tiada sebarang transaksi dilakukan," katanya yang dihubungi mStar Online.

Bagaimanapun, tambah Iqa, kejadian ditipu itu tidak pernah membuatkan dia serik untuk membeli barangan secara online lagi.

Katanya, dia yang turut mempunyai barangan jualan di laman Instagram iaitu Therockingdollshop percaya, tidak semua peniaga online yang mengambil kesempatan terhadap pembeli.

"Dari dulu lagi, saya lebih senang membeli belah menerusi internet. Cuma silapnya, saya mudah mempercayai orang dan yakin tiada yang akan menipu berkaitan urusan jual beli.

"Ini juga pengajaran buat diri supaya lebih berhati-hati selepas ini.

"Tetapi tidaklah sampai serik nak membeli di internet. Saya yakin masih ramai lagi yang jujur berniaga. Cuma sebagai pembeli, saya perlu teliti dengan setiap transaksi dan bukti pembelian yang dibuat," ujarnya.

Chacha Maembong Jadi Kurang Ajar Kerana Baju?


PETALING JAYA: Pelakon Chacha Maembong terkejut dituduh bersikap kurang ajar dengan menghayunkan beg tangan ke kepala pelakon lain hanya kerana tidak berpuas hati dengan baju yang terpaksa dipakai.
Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aishah Ismail, 18, berkata, insiden sedemikian tidak pernah berlaku sepanjang kerjayanya sebagai artis.

"Cerita itu tidak benar sama sekali, saya ingin bercakap dengan pelakon lain pun ada kalanya saya malu, inikan pula sampai tergamak menghayunkan beg tangan. Saya tidak mungkin bersikap kurang ajar seperti itu.

"Saya ini jenis yang tidak pernah kisah tentang baju yang pihak produksi sediakan kerana saya yakin ia sesuai dengan watak saya. Entah daripada mana mereka dapat cerita buruk dan tidak benar ini, saya tak pasti.

"Kalau benar tuduhan saya menghayunkan beg tangan kepada seorang pelakon, saya minta individu itu bersemuka dengan saya untuk selesaikannya cara baik dan bukan melalui media,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Chacha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip terbaharu apabila dia dikatakan sengaja menghayun beg tangan ke kepala seorang pelakon  kerana tidak berpuas hati dengan baju pelakon lain yang lebih cantik daripada baju yang disediakan untuknya.

Dia juga dituduh bersikap kurang sopan dan berlagak 'diva' terhadap kru produksi ketika di lokasi penggambaran.

Selain itu, ruangan pojok sebuah akhbar mingguan pada 27 Julai lalu turut melaporkan Chacha pernah menyalahkan orang lain kerana kecuaiannya menyebabkan telefon bimbit miliknya hilang.
"Saya kecewa bila gosip itu keluar sehari sebelum raya hingga merosakkan kegembiraan menyambut raya. Saya rapat dengan semua kru produksi drama dan tidak pernah meletakkan taraf berbeza dengan mereka.

"Berkenaan kejadian kehilangan telefon itu pun tidak pernah berlaku kerana saya masih pakai telefon saya yang lama, itu semua fitnah semata-mata," katanya.

Dalam pada itu, Chacha tidak menolak kemungkinan ada pihak yang tidak berpuas hati dan cuba mengambil kesempatan memburukkan namanya atas sebab-sebab tertentu.

Gambar Ayu Mila Jirin Berhijab Penuh




BULAN Ramadan lalu menyaksikan beberapa orang artis wanita memilih untuk tampil dengan imej berhijab penuh.
Terbaharu, Mila Jirin yang juga juara Akademi Fantasi 5 mengambil keberkatan bulan mulia itu untuk melakukan penghijrahan.
Hal tersebut turut dinyatakan di laman Instagram miliknya selepas ramai yang bertanyakan tentang penampilan baharunya itu.

Aksi Peluk Nelydia Senrose dan Qi Razali Dikecam




Sambutan Aidilfitri bersama orang tersayang pasti tidak akan dilepaskan oleh semua termasuklah para selebriti kita.

Antara pasangan yang dilihat menyambut Aidilfitri bersama ialah pasangan Nelydia Senrose dan Qi Razali.

Keterujaan menyambut Aidilfitri telah menyebabkan Nelydia memuat naik sekeping foto dia dan kekasihnya Qi di laman Instagram miliknya.

Bagaimanapun foto tersebut telah dikecam pengikut di laman Instagram yang rata-ratanya berpendapat pasangan ini tidak ada hak untuk bergambar mesra di pagi Syawal memandangkan mereka masih belum sah sebagai suami isteri.

Ada juga pihak serta peminat yang kurang berkenan dengan entri tersebut dan mendakwa melebihi batas pasangan kekasih.

Gambar yang masih ada di akaun Instagram milik Nelydia itu telah menarik para netizen memberikan hujah serta pandangan masing-masing dan tidak kurang juga yang memberikan kritikan pedas.

Astro Gempak bagaimanapun tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak mana pun, sebaliknya terpulanglah kepada mereka mahu menilai. Tepuk dada tanya selera! -AstroGempak

Nora Danish Mahu Anak Perempuan Kalau Berumahtangga

Ada juga dengar-dengar kononnya pada awal tahun ini Nora Danish bakal menamatkan zaman bujangnya apabila akan berkahwin tetapi semua itu telah dinafikan sendiri oleh Nora.
“Saya terkejut bila keluar kenyataan yang sebegitu. Saya tidak ada persiapan kahwin yang dilakukan dan tidak pernah letak tarikh apa-apa mengenai perkahwinan,” katanya dalam nada terkejut tetapi masih tersenyum.
Tambahannya lagi, sekiranya diberikan peluang untuk berumah tangga sekalipun, beliau hanya mahukan majlis yang sederhana sudah memadai baginya untuk mengadakan upacara akad nikah sahaja tanpa adanya persandingan.

Kedua-dua ibubapa Nora dan Nedim mereka cukup memahami dan ‘sporting’ kerana tidak pernah mereka bertanyakan mengenai hubungan mereka dan meletakkan bab-bab jodoh ini ditangan Tuhan.
“Tak payah buat besar-besar atau grand cukuplah dengan majlis yang sederhana dan upacara akad nikah sahaja. Kalau saya bersedia pun dari segi baju kahwin sahajalah. Tetapi masa buat masa sekarang memang tak sedia apa-apa. Perkahwinan bukanlah satu perkara yang boleh main-main kerana kita mestilah menerima perangai baik buruk kedua-dua pasangan supaya dapat hidup bahagia dengan dia.”
Nora Danish juga turut memberitahu hasrat hati sekiranya berkahwin dia mahukan seorang anak perempuan pula. Iyelah, beliau sudah ada seorang anak lelaki kan.

“Sekiranya saya berkahwin saya menginginkan seorang anak perempuan pula, ialah saya sudah ada anak lelaki, tiba masanya untuk saya dapat anak perempuan, tetapi itu semua bergantung pada rezeki,” tambahnya lagi.

Gambar Mesra Rizman Nordin Peluk Erra Fazira Cetus Kontroversi!




Wow! bagai pinang dibelah dua! pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah jejaka kacak ini? sekeping gambar mesra dikongsikan Erra Fazira bersama seorang jejaka, Rizman Nordin  di laman Instagram miliknya beberapa hari lepas mencetuskan kontroversi dikalangan peminat.

Gambar berkenaan disertakan dengan kapseyen sangat romantik dan membayangkan mereka seakan sedang dilamun cinta. Benarkah? Caption itu berbunyi berikut :

 "Alaaaa... @rizman_nordin awat comel sangat niii..u r still my fav dearest fren darlin...! ;)�� muahh!!"




Tunjauan cantikje melalui komen-komen peminat di Instagram, rata-rata ramai peminat tidak terkejut dengan gambar tersebut malah mereka memberitahu tidak kisah dengan siapapun Erra berkawan kerana erra ialah artis kesayangan Malaysia.