Pages

Friday, May 16, 2014

Budak Lima Tahun Rentung Dalam Kebakaran Di Inanam Laut, Sabah


KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan empat rumah di Kampung Pandanan Inanam Laut, di sini, sebentar tadi.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa rentung dikenali sebagai Mohd Sharan Fais Nizam ditemui rentung di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.
Difahamkan, ketika mangsa dipercayai sedang tidur di salah sebuah bilik manakala ahli keluarga mangsa yang lain berada di ruang tamu.
Ketika api marak lima ahli keluarga mangsa keluar menyelamatkan diri manakala mangsa dipercayai terperangkap sebelum ditemui rentung. – MyMetro

No comments:

Post a Comment